Tempatan

Pihak berkuasa agama bermuzakarah terlebih dahulu sebelum fatwakan ajaran sesat – Zulkifli

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) akan bermuzakarah bersama Jabatan Agama Islam negeri-negeri sebelum memfatwakan sesuatu ajaran itu sebagai sesat atau sebaliknya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Katanya, untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, ia perlu dilakukan dengan amat berhati-hati bagi memastikan tindakan atau keputusan yang diambil kelak tidak dianggap gopoh atau kekurangan maklumat.

“Kita tidaklah nak menyatakan sesuatu (ajaran) itu dengan sepantas itu melainkan perkara yang telah disepakati,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Peduli Musaadah 2.0 dan Misi Bantuan Pasca Banjir di sini hari ini, yang turut dihadiri Yang Dipertua Yadim Nasrudin Hassan.

Untuk berita penuh, sila klik di sini

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button