Antarabangsa

Piala Dunia Qatar: Wartawan Iran ‘Telanjangkan’ Hipokrasi Media Barat

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

QATAR, 25 November 2022 – Wartawan Iran membongkarkan hipokrasi media Barat mengenai isu Piala Dunia Qatar dengan mengajukan soalan kepada jurulatih pasukan kebangsaan England, Gareth Southgate baru-baru ini.

Lapor berita antarabangsa, menerusi sebuah sidang akhbar, wartawan itu mengajukan soalan kepada Gareth yang berbunyi, “Mengapa kamu ketua jurulatih sebuah negara yang membunuh orang tidak bersalah di Afghanistan dan Iraq.”

Tindakan tersebut berlaku selepas seorang wartawan bertanya kepada jurulatih Iran, Carlos Queiroz sama ada beliau ‘okay’ mewakili negara seperti Iran yang menindas hak wanita.

Wartawan Iran itu menegaskan, “Kami juga boleh bertanya seperti yang dilakukan wartawan Inggeris kepada Queiroz.”

Menjawab persoalan berkenaan, Gareth mengatakan bahawa dia memahami ‘kekecewaan daripada pasukan mengenai soalan tersebut’ kerana situasi itu ‘sukar’ baginya.

“Saya telah ditanya banyak soalan politik oleh media kita mengenai banyak perkara selama enam tahun, jadi kami berada dalam situasi yang sama… saya faham… saya bertanggungjawab untuk menjawab beberapa soalan itu,” ujarnya.

Walaupun England menewaskan Iran 6-2 pada Isnin lalu, Gareth menyatakan bahawa pasukan Inggeris ‘sangat menghormati’ Iran dan mengetahui kualiti bakat mereka.

Dalam pada itu, rata-rata aktivis atas talian menyokong tindakan wartawan Iran berkenaan dan menyifatkannya sebagai langkah yang sangat bijak.

Seorang pengguna laman Twitter mengatakan, “Sangat bijak sudah sampai masanya pilih kasih dan pendirian hipokrasi dikeluarkan!!”

Seorang lagi pengguna pula menegaskan, “Ini bukan tentang menuding jari atau cuba mengalih tanggungjawab. Ini mengenai sesetengah orang yang sangat memilih tentang bila mereka ingin memperjuangkan hak asasi manusia.”

Kebelakangan ini, Piala Dunia Qatar 2022 telah mencetuskan pelbagai perdebatan mengenai pilih kasih, hipokrasi dan Islamofobia dalam kalangan aktivis dan peminat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: