Antarabangsa

Piala Dunia Qatar: Wartawan Dedah Agenda Anti Islam Media Barat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

QATAR, 25 Disember 2022 – Media barat dilaporkan sangat ‘komited’ menghebahkan agenda anti Islam apabila Qatar, negara Islam pertama dalam sejarah terpilih menjadi tuan rumah Piala Dunia.

Khaled Beydoun, professor undang-undang merangkap penulis memberitahu media barat seperti Britain dan Amerika Syarikat pernah menghubunginya untuk menulis hebahan negatif tentang Piala Dunia Qatar.

Menurutnya, media barat menginginkan suara Arab dan umat Islam bagi menyokong agenda anti Islamnya.

“Mereka mahukan suara Arab atau Muslim untuk menghalalkan ketaksuban mereka. Agenda kebencian mereka jelas – dari awal hingga akhir,” luah Khaled di platform Twitternya.

Membalas ciapan Khaled, pengguna twitter @EdwinCallender berkongsi potongan akhbar yang menceritakan situasi yang serupa dialami oleh Khaled.

Berdasarkan perkongsian akhbar itu, kelihatan wartawan di London tidak membenarkan wartawan di lapangan (Qatar) menerbitkan berita positif tentang Piala Dunia Qatar.

“Lebih daripada sekali, dia (wartawan) telah diberitahu oleh seseorang dari London bahawa cerita ‘baik’ tentang piala dunia tidak dikehendaki.”

@mohsinditta88 turut memberitahu cerita yang sama, bahawa dia pernah ditemubual oleh wartawan sukan BBC pada tahun lalu yang meminta cerita negatif menjelang Piala Dunia.

Tidak hanya cerita berkenaan Piala Dunia Qatar, ada juga yang berkongsi cerita bahawa media barat juga tidak berminat untuk menerbitkan berita positif dari negara Islam yang lain seperti Mesir.

“Beberapa tahun yang lalu, saya menjalankan rancangan komedi di Kaherah untuk kutipan sumbangan amal.”

“Saya menghubungi rakan wartawan untuk menghebahkan berita ini, namun dia memberitahu editornya tidak berminat dengan cerita positif dari Mesir pada masa itu,” kata @ramsville.

Terdahulu, samudera.my melaporkan tindakan biadap wartawan Barat yang menemubual seorang jurulatih Iran yang menyentuh isu islamofobia dalam satu sidang akhbar.

Dalam temu bual itu, seorang wartawan Iran turut menanyakan soalan yang dikatakan ibarat buku bertemu ruas bagi menutup mulut wartawan Barat itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: