Antarabangsa

Piala Dunia Qatar: Sikap Pembersih Peminat Jepun Dipuji Ramai

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

QATAR, 24 November 2022 – Penyokong pasukan bola sepak Jepun, Samurai Blue telah mendapat pujian di Qatar berikutan tradisi khas orang Jepun yang mereka tonjolkan di negara Arab tersebut dengan membersihkan stadium setelah para peminat bola sepak yang lain telah pulang.

Peminat bola sepak dari Jepun tetap kekal di Stadium Antarabangsa Khalifa dan membersihkan stadium tersebut setelah kemenangan pasukan Samurai Blue menewaskan pasukan bola sepak Jerman pada Rabu lalu.

Apabila stadium tersebut mula dikosongkan, penyokong Jepun kelihatan mengeluarkan beg-beg sampah berwarna biru muda dan memulakan kerja pembersihan.

Walaupun tindakan tersebut mungkin kelihatan ganjil bagi orang lain, namun bagi warga Jepun ianya adalah sebuah kebiasaan pada budaya mereka. Menurut salah seorang daripada mereka,

“Apa yang kamu rasa istimewa itu adalah perkara yang biasa bagi kami”.

“Bila kami menggunakan tandas, kami akan bersihkannya sendiri. Bila mana kami meninggalkan bilik, kami akan pastikan yang ianya kemas. Itulah adat kami”.

Terdapat beberapa hantaran di media sosial menunjukkan peminat bola sepak warga Jepun bersama beg-beg sampah dan membuat kerja pembersihan setelah selesai sesi permainan pembukaan bagi perlawanan tersebut pada Ahad lalu.

Dalam satu hantaran media sosial, seorang lelaki telah menzahirkan perasaan terkejutnya melihat seorang peminat warga Jepun sedang membersihkan Stadium Al-Bayt setelah mana orang lain telah lama meninggalkan stadium tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: