Antarabangsa

Piala Dunia Qatar: Sepanyol Tersungkur Di Kaki Maghribi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

 DOHA, 07 Disember 2022 – Sepanyol yang sebelum ini terus kekal dengan status antara gergasi bola sepak dunia dan dijangka antara pasukan pilihan untuk merangkul gelaran Piala Dunia 2022, semalam menoktahkan ramalan tersebut apabila tersungkur di kaki Maghribi.

Maghribi mencipta kejutan apabila berjaya menewaskan Sepanyol menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan dalam aksi pusingan 16 terbaik di Stadium Education City, pada Selasa.

Kejayaan itu berhasil diwujudkan susulan penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou muncul wira pasukan dengan menyelamatkan dua sepakan penalti yang diambil oleh Carlos Soler dan Sergio Busquets.

Manakala, tendangan Pablo Sarabia pula hanya sekadar menggegarkan tiang gol.

Pemain Maghribi yang  mengambil sepakan penalti, Abdelhamid Sabiri, Hakim Ziyech dan Achraf Hakimi pula cemerlang menyudahkan penalti untuk memastikan kemenangan Maghribi 3-0 sekali gus mengesahkan kemaraan gergasi Afrika itu ke peringkat suku akhir.

Kemaraan Maghribi di Piala Dunia 2022 itu merupakan lakaran sejarah pertama kali buat negara itu berjaya mara dalam enam penampilan di Piala Dunia.

Maghribi juga menjadi negara Afrika kedua mara ke peringkat suku akhir selepas Ghana yang melakukannya pada edisi Piala Dunia 2010.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: