Tempatan

Jauhi 186 Lokasi Berisiko Berlaku Kepala Air

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 November 2023 – Sebanyak 186 lokasi panas kawasan air terjun dan sungai di seluruh negara telah dikenalpasti berisiko berlaku kepala air sepanjang tempoh musim monsun timur laut (MTL).

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan, lokasi itu melibatkan 52 tempat di Sabah, Kedah (24); Sarawak (19), Kelantan (18), Terengganu (18), Negeri Sembilan (17), Perak (17), Perlis (5), Johor (5), Selangor (6), Kuala Lumpur dan Melaka, masing-masing satu.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, lokasi-lokasi itu dikenal pasti berdasarkan kajian dan pemantauan sejak tiga tahun lepas yang dikesan kerap berlaku kepala air.

“Mengikut statistik JBPM, secara puratanya sebanyak 302 kematian akibat lemas dilaporkan setiap tahun, dari 2019 hingga 2022.”

“Susulan itu, kita menasihatkan orang ramai untuk menjauhi kawasan sungai dan pusat rekreasi terutamanya ketika musim tengkujuh ini.”

Menurutnya, pihak JBPM turut bekerjasama dengan pelbagai agensi melalui Majlis Keselamatan Aktiviti di Air (MKAA) untuk menangani kes-kes lemas ekoran jumlah kematian dicatatkan tinggi berbanding insiden kebakaran.

“Kita juga bekerjasama dengan kerjasama dengan Jabatan Perhutanan Malaysia bagi mengawal semua aktiviti rekreasi untuk mengelak sebarang kemungkinan malapetaka membabitkan nyawa. Bagaimanapun tindakan menutup bergantung kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) itu sendiri,” jelasnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: