Antarabangsa

Piala Dunia Qatar: Penasihat Anti-Semitik UK Tuduh FIFA ‘Persetankan’ Nasib Yahudi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

DOHA, 23 November 2022 – Penasihat United Kingdom (UK) bagi isu anti-semitik telah membuat tuduhan terhadap FIFA dengan menyatakan bahawa badan bola sepak tersebut telah menghantar mesej “Yahudi tidak penting” sebelum berlangsungnya Piala Dunia Qatar.

Penasihat tersebut, Lord Mann turut membuat sebuah hantaran melalui media sosial Twitter pada tarikh 20 November, di mana ianya adalah hari permulaan berlangsungnya Piala Dunia Qatar.

Lord Mann telah membuat kenyataan bahawa badan pentadbiran bola sepak dunia tersebut telah mengabaikan permintaan beliau dan beberapa penasihat lain mengenai kebencian terhadap Yahudi agar dua pemerhati antisemitisme turut serta di dalam pertandingan tersebut. Menurutnya,

“Kami tidak meminta FIFA membuat sebarang bayaran. Kami telah membuat susulan bagi permintaan tersebut sebanyak tiga atau empat kali dalam beberapa bulan dan kami tidak mendapat sebarang maklum balas.”

“Rekod FIFA sebelum ini mengenai antisemitisme adalah tidak bagus.”

Perkara sedemikian timbul setelah Qatar dikatakan telah memungkiri janjinya bagi membenarkan orang Yahudi menjalankan ibadah mereka di tempat awam dan untuk menyediakan makanan kosher.

Minggu lalu, kerajaan Israel telah menasihati warganya yang meminati bola sepak agar “tidak mendedahkan yang mereka itu dari Israel” berikutan kebimbangan rejim tersebut mengenai hubungan rapat Qatar dengan Iran.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: