Antarabangsa

Piala Dunia Qatar: Lagi Pemain Bola Enggan Sarung Armband Pelangi

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PARIS, 19 November 2022 – Penjaga gol kelab bola Tottenham Hotspur, Hugo Lloris menolak untuk memakai armband pelangi sewaktu perlawanan dalam Piala Dunia Qatar 2022 ini, lapor sebuah berita.

“Ketika menyambut mereka yang datang ke Perancis, kami menginginkan agar mereka mengikuti peraturan bagi menghormati budaya negara kami.”

“Saya akan melakukan perkara yang sama selama di Qatar. Mudah,” kata penjaga gol warganegara Perancis berusia 36 tahun itu.

Sebelum ini, seorang pemain bola sepak berkelahiran Belanda turut menolak untuk memakai armband pelangi kerana enggan menunjukkan sokongannya kepada ‘komuniti pelangi’ ini.

Menjelang Piala Dunia Qatar 2022 21 November ini, Qatar melarang keras semua perkara yang melibatkan LGBT walaupun hanya untuk memeriahkan suasana Piala Dunia tersebut.

April lalu, Pengerusi Jawatankuasa Operasi Keselamatan dan Sekuriti untuk Piala Dunia Qatar, Jeneral Mejar Abdulaziz Abdullah Al Ansari mengingatkan penyokong ‘komuniti pelangi’ ini untuk tidak membawa bendera pelangi mereka. Jika tidak, pihak polis berhak untuk merampas bendera pelangi yang dibawa.

Duta Piala Dunia Qatar, Khalid Salman pula berkata, beliau yang mengatakan bahawa perbuatan homoseksual adalah haram di sisi Islam turut mengingatkan para pengunjung yang berorientasikan seks sejenis ini untuk mengikut undang-undang yang telah ditetapkan negara berkenaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: