Piala Dunia: Qatar Benarkan Golongan LGBTQ Lakukan Aktiviti Seksual?
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
LONDON, 23 September 2022 — Golongan LGBTQ diberi jaminan tidak akan dikenakan sebarang tindakan jika melakukan aktiviti seksual seperti berpegangan tangan dan bercium di khalayak ramai pada Piala Dunia di Qatar.
Ketua Eksekutif Persatuan Bola Sepak Inggeris, Mark Bullingham berkata, pada Rabu lalu dia telah diberitahu bahawa polis di Qatar telah diberi taklimat untuk bertolak ansur semasa kejohanan itu.
Dalam pada itu, Kapten England Harry Kane memberitahu akan memakai lilitan pelangi bagi menyokong kempen anti-diskriminasi ‘OneLove’ di Piala Dunia.
“Sebagai kapten, kami mungkin bersaing sesama sendiri di atas padang, tetapi kami berdiri bersama menentang segala bentuk diskriminasi,” kata Kane.
Sementara itu, Qatar dikatakan akan melonggarkan peraturan kesalahan kecil termasuklah mabuk dan kekacauan awam, menjelang kejohanan antarabangsa bermula November depan.
Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada pengumuman rasmi dilakukan untuk menjelaskan dakwaan itu.