Antarabangsa

Piala Dunia Qatar: 830 Pemain Dibantu Elak Hujatan Kebencian & Pembulian Atas Talian

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

DOHA, 17 November 2022 – FIFA dan kesatuan pemain bola sepak sedunia telah melancarkan sebuah perkhidmatan bagi membantu melindungi para pemain Piala Dunia daripada dibuli dalam talian ketika pertandingan.

Pada Rabu lalu, FIFA telah menyatakan bahawa terdapat lebih daripada 830 orang pemain di Qatar yang dapat memiliki akses bagi “perkhidmatan pengawasan, laporan serta moderasi” yang bertujuan bagi menyaring tuturan kebencian yang ditujukan kepada mereka.

FIFA menerusi Presidennya, Gianni Infantino telah berkata bahawa pihak mereka gembira dalam melancarkan perkhidmatan yang dapat membantu melindungi para pemain daripada kesan buruk terhadap kesihatan mental yang diakibatkan oleh hantaran di media sosial. Beliau berkata lagi,

“FIFA komited dalam menyediakan keadaan yang terbaik bagi para pemain supaya mereka dapat beraksi dengan cemerlang.”

Piala Dunia Qatar bakal berlangsung pada Ahad ini, hanya beberapa hari setelah mana Twitter memecat beberapa kontraktor yang bekerja di dalam pasukan yang berfungsi untuk menapis kandungan-kandungan yang dianggap sebagai mempunyai unsur kebencian dan bahaya.

Dalam menyebut perincian mengenai projek tersebut, FIFA sama sekali tidak menyebut berkenaan Twitter.

FIFA turut menyatakan bahawa kira-kira separuh daripada peserta Piala Dunia telah dibuli dan didiskriminasi secara dalam talian, di mana kebanyakannya adalah datang daripada negara mereka sendiri.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: