Antarabangsa

Piala Dunia Qatar 2022: Pemegang Tiket Muslim Boleh Tunaikan Umrah Tanpa Bayar Visa

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ARAB SAUDI, 19 Oktober 2022 – Arab Saudi menawarkan visa umrah percuma buat pemegang tiket Piala Dunia Qatar yang beragama Islam, lapor agensi berita Timur Tengah.

Lapor berita tersebut, penyokong bola sepak Muslim yang melancong ke Qatar boleh memasuki negara jiran Teluk sehingga dua bulan bagi menunaikan umrah di Mekah.

Menerusi pengumuman daripada Kerajaan Teluk, mereka yang mempunyai kad Hayya iaitu dokumen yang diberikan kepada penyokong yang menghadiri perlawanan Piala Dunia di Qatar tidak perlu membayar untuk sepanjang tahun bagi menunaikan ibadah umrah di kota suci Mekah.

Sementara itu, Penolong Pengarah Jabatan Visa di Kementerian Luar Arab Saudi, Khaled al-Shammari pada Jumaat lalu turut mengumumkan bahawa pemegang kad Hayya boleh tinggal di Arab Saudi sehingga dua bulan yang berakhir pada 11 Januari tahun depan.

Walau bagaimanapun, biarpun visa adalah percuma namun insurans perubatan mesti diperolehi daripada platform visa, tambahnya.

Mereka yang menghadiri Perlawanan Piala Dunia Qatar 2022 yang akan bermula pada 20 November ini turut akan menginap di negara jiran Arab Saudi iaitu Kuwait, Oman dan Emiriah Arab Bersatu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: