Tempatan

Piala AFF: Operasi LRT Bukit Jalil Dilanjut Hingga 12.30 Tengah Malam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 06 Januari 2023 – Operasi Stesen LRT Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga jam 12.30 malam sempena Perlawanan Separuh Akhir Piala AFF 2022 Mitsubishi Electric 7 Januari 2023 ini.

Dalam hantaran RapidKL di laman Twitter rasminya itu, pengguna diingatkan untuk menggunakan kad Touch ‘n Go serta memastikan baki kad mencukupi supaya perjalanan mereka bergerak dengan lancar.

BACA JUGA: Harga Makanan Kantin Sekolah Naik 50%

BACA JUGA: Disabitkan Membunuh Askar Penjajah, Lelaki Palestin Dibebaskan Selepas 40 Tahun

BACA JUGA: Lelaki Pukul Kanak-Kanak OKU Perempuan Sampai Mati, Sumbat Guni & Buang Dalam Semak

Bukan itu sahaja, RapidKL turut mewajibkan pengguna untuk memakai pelitup muka setiap masa sewaktu menggunakan pengangkutan awam.

“Tanpa pelitup muka, anda tidak dibenarkan masuk ke sistem pengangkutan awam,” memetik kepada hantaran tersebut.

Dalam perlawanan akhir ini, Malaysia bakal beraksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada jam 8.30 malam bagi menentang Thailand selepas membenamkan Singapura dengan keputusan 4-1, Rabu lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: