Antarabangsa

Palestin Berkabung 3 Hari, 10 Dibunuh Kejam Tentera Zionis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JENIN, 27 Januari 2023 – Negara Palestin berkabung selama tiga hari selepas tentera rejim haram aparteid Israel telah membunuh sekurang-kurangnya sepuluh orang rakyat Palestin pada Khamis.

Menurut portal antarabangsa, Presiden Palestin Mahmoud Abbas telah membuat pengisytiharan berkabung selama tiga hari dengan mengarahkan bendera dikibar separuh tiang.

BACA JUGA: Solidariti Bantahan Penghinaan Agama Islam Hari Ini

BACA JUGA: Jangan Samakan Civil Society (Masyarakat Sivil) Dengan Masyarakat Madani – Prof Dr Khalif Muammar

BACA JUGA: “LRT Zombie” Laluan Ampang Alami Kelewatan, RapidKL Mohon Maaf

Dalam tragedi semalam, tentera rejim haram aparteid Israel telah menyerbu kem pelarian Jenin di Tebing Barat mengakibatkan sepuluh orang terbunuh dan turut mencederakan beberapa lagi yang lain.

Susulan tragedi, penduduk Palestin di kem tersebut menggali liang kubur yang besar untuk mangsa-mangsa yang terkorban.

Selain itu, tentera Zionis turut menyerbu Hospital Kerajaan Jenin dan dengan sengaja melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah jabatan kanak-kanak di hospital itu.

Pegawai Palestin turut menambah bahawa tentera Israel juga menggunakan gas pemedih mata di wad kanak-kanak di hospital semasa serbuan.

Menteri kesihatan Palestin Mai al Kaila menggambarkan keadaan di kem pelarian itu sebagai kritikal dan berkata, tentera Zionis telah menghalang ambulan dari sampai ke lokasi mangsa-mangsa yang cedera.

Kematian pada Khamis lalu itu telah menjadikan jumlah rakyat Palestin yang terbunuh di Tebing Barat setakat tahun ini mencapai angka 30 di mana kebanyakannya ditembak oleh tentera rejim haram aparteid Israel.

Jurucakap Pihak Berkuasa Palestin, Nabil Abu Rudeineh, memberitahu pemberita bahawa kepimpinan Palestin telah mengarahkan usaha bersama di antara pasukan keselamatan Palestin dan Israel dalam membendung gerakan penentangan Palestin dihentikan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: