Tempatan

Siasat Israel Bagi Jenayah Perang – Human Right Watch

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LONDON, 16 November 2023 – Serangan rejim Zionis ke atas hospital, ambulan dan kakitangan perubatan di Gaza adalah satu kekejaman dan harus disiasat sebagai jenayah perang kata Human Rights Watch (HRW) pada hari Selasa.

Kumpulan tersebut turut mendesak Israel untuk menamatkan serangan tersebut dengan segera dan menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) turut terlibat dalam siasatan terhadap serangan rejim Zionis ke atas infrastruktur kesihatan di Gaza.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), setakat 12 November yang lalu, sekurang-kurangnya 521 orang, termasuk 16 pekerja perubatan telah terbunuh dalam 137 serangan terhadap infrastruktur kesihatan di Gaza.

Jumlah kematian rakyat Palestin di enklaf itu meningkat kepada 11,000 sejak 7 Oktober, apabila rejim Zionis mengisytiharkan perang ke atas Hamas selepas serangan balas kumpulan Palestin itu terhadap penempatan Israel yang berdekatan.

Kerajaan Israel harus segera menamatkan serangan ke atas hospital, ambulans dan kemudahan awam, yang jelas menyalahi undang-undang serta sekatannya secara menyeluruh di Semenanjung Gaza, yang merupakan jenayah perang hukuman kolektif, kata HRW.

Sementara itu, Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Kanada, Jerman dan negara-negara lain hendaklah menggantung bantuan ketenteraan dan penjualan senjata kepada Israel selagi mana tenteranya terus melakukan kekejaman yang meluas dan serius terhadap orang awam Palestin yang jelas merupakan satu jenayah perang, tambah HRW.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: