Tempatan

Piala Malaysia 2022: Rokok, Vape & Powerbank Antara Senarai Barang Larangan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 November 2022 – Rokok, vape dan powerbank adalah antara senarai barang terlarang yang tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi menyaksikan Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2022 di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Selangor FC, 9.00 malam ini.

Selain itu, barang yang juga termasuk dalam senarai larangan oleh Ibu Pejabat Daerah Cheras, Kuala Lumpur adalah mercun, bunga api, suar, topi keledar, laser pen, sebarang objek tajam, senjata, minuman keras, payung, tongkat, botol air, pemetik api dan mancis, jelas Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaludin.

Menerusi kenyataan media tersebut, beliau turut memaklumkan bahawa jangkaan seramai 80,000 orang penyokong akan hadir bagi menyaksikan perlawanan tersebut.

Oleh itu, bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjamin, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat persiapan rapi melibatkan pelbagai jabatan dan unit dalam PDRM.

Semua pintu masuk stadium akan dibuka pada jam 5.00 petang dan para penonton akan melalui pemeriksaan tubuh badan, beg serta barangan di setiap pintu masuk dan juga selepas memasuki pekarangan stadium sebagai langkah keselamatan.

“PDRM tidak akan bertanggungjawab terhadap barang larangan yang telah dirampas semasa pemeriksaan di pintu masuk ataupun di dalam perkarangan stadium.”

Selain itu, PDRM juga menyenaraikan peringatan sebagai kelancaran lalulintas sepanjang perlawanan seperti larangan meletakkan kenderaan di bahu jalan di sekitar laluan masuk dan keluar stadium, selain tindakan saman dan tunda akan diambil kepada kenderaan yang menghalang lalulintas.

PDRM juga dalam kenyataan, menasihati orang ramai agar memakai pelitup muka di tempat yang sesak serta dinasihatkan agar menjaga tatasusila dan tidak melakukan sebarang provokasi melampau sehingga mencetuskan kekacauan.

Pada masa yang sama, terdapat beberapa penutupan jalan di sekitar Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum dan selepas perlawanan tersebut berlangsung. Butiran dan lakaran penutupan jalan adalah seperti berikut:

644FAC4F-8ADA-4CD9-B299-18C597779205.jpeg?resize=248%2C300&is-pending-load=1#038;ssl=1

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: