Tempatan

Penonton Konsert The 1975 Perlu Mohon Keampunan Allah – Mufti Pulau Pinang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGE TOWN, 25 Julai 2023 – Umat Islam yang telah menonton konsert kumpulan kontroversi, The 1975, dinasihatkan memohon keampunan daripada Allah SWT, tegas Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd. Noor.

Jelasnya, walaupun tidak dikira melakukan dosa kerana perbuatan tidak bermoral yang dilakukan oleh ahli kumpulan itu tidak dijangka, namun, memohon keampunan itu perlu bagi menzahirkan rasa kesal.

BACA JUGA: Pemulihan Pantas COVID-19 Tarik Ekspatriat Dan Pelabur Global Ke Malaysia

BACA JUGA: Ajaran Sesat ‘Si Hulk’: Lantik Pakar Akidah Pulihkan Ketua & Pengikut – Presiden ASWAJA

BACA JUGA: REE Kedah: SPRM Masih Kesan Saksi Dari China

Tambah Datuk Dr Wan Salim, “Ingin ditegaskan agama Islam tidak sama sekali menentang hiburan termasuk konsert muzik, drama, filem dan seumpamanya.”

Namun, “Yang ditentang dan dilarang oleh Islam adalah hiburan dan apa jua aktiviti seni yang boleh merosakkan fikiran dan kelakuan penonton atau peminat,” tegas beliau lagi.

Terdahulu, rakyat di negara ini dikejutkan dengan video tular yang memaparkan aksi tidak senonoh daripada vokalis kumpulan The 1975, Matt Healy yang bertindak mengeluarkan kata-kata kesat mengenai undang-undang dan agama rasmi Malaysia selain bercium sesama jantina dengan ahli kumpulannya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: