Tempatan

Pesta ‘Gay Boy’ Ramadan al Mubarak, Kerajaan Madani Mesti Bertindak! – NGO

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 Mac 2023 – NGO Pertubuhan Kebajikan Amal Penyatuan Tujuh (PKAP7) mendesak Kerajaan menghentikan segera penganjuran pesta yang bercanggah dengan norma negara yang bakal dianjurkan dalam bulan Ramadan tahun ini.

Menerusi kenyataan di laman Facebook, PKAP7 mengutuk dan membantah sekeras-kerasnya penganjuran program atau himpunan yang bertentangan dengan norma serta nilai ketimuran di Malaysia, terutamanya di saat Ramadan menjelang tiba.

Kenyataan ini dikeluarkan selepas tular di media sosial mengenai penganjuran pesta ‘Thai Hot Guy’ yang bakal diadakan di ibu negara pada 30 Mac ini.

BACA JUGA: Hannah Yeoh Patut Disiasat, PM Patut Tukar – Ketua Penerangan PERKASA

BACA JUGA: Peluk Islam Dengan Kebenaran Bapa, Undang-Undang Negeri Perlis Selari Perlembagaan

BACA JUGA: 5 Jam Sehari, Qatar Umum Waktu Bekerja Baharu Sempena Ramadan

Media yang mempromosikan pesta berkenaan menyebut, “Thai Hot Guy di sebuah restoran seafood hangat di Thailand akan membawa pertunjukan lelaki pertama ke Malaysia untuk menyertai anda!”

“Kawan-kawan yang ingin dikelilingi lelaki-lelaki bersemangat, buat temu janji!”

Dalam pada itu, pertubuhan PKAP7 juga menggesa Kerajaan menerusi Kementerian dan agensi-agensi berkaitan supaya segera campur tangan berhubung isu ini sekali gus menghentikan segera penganjurannya demi menjaga imej ketimuran Malaysia dan memelihara prinsip Rukun Negara kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

PKAP7 bersama rakan-rakan NGO lain menekankan bahawa mereka akan terus memantau aktiviti yang tidak sihat serta melampaui batas yang diuar-uarkan secara terbuka seperti ini malah akan mengambil tindakan susulan sekiranya ia tidak dihentikan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: