Tempatan

Pesta ‘Gay Boy’, DBKL Didesak Gantung Lesen Perniagaan Penganjur

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 Mac 2023 – Timbalan Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Hj Aminuddin Yahaya mendesak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggantung lesen perniagaan pihak yang terlibat dengan pesta ‘Thai Hot Guy’ seperti yang sedang tular di media sosial.

“Saya desak pihak majlis agama, DBKL dan pihak polis berganding bahu berusaha untuk menyekat program ini. Contohnya, DBKL boleh gantung lesen perniagaan manakala majlis agama boleh mengeluarkan kenyataan rasmi melalui Menteri Agama (Menteri Agama memang jaga WP). “

Kata Hj Aminuddin, beliau arif acara ini bukan untuk orang Islam tetapi apa pula faedahnya untuk orang-orang bukan Islam terutamanya generasi muda?

Lebih mengecewakan, ianya dibuat dalam bulan Ramadan.

“Memang betul-betul mencemarkan bulan Ramadan sekaligus menghina kehormatan Islam sebagai agama negara,” kata beliau.

Tambahnya, bayangkanlah bagaimana orang-orang luar, termasuk orang-orang Thai ini akan memandang Malaysia selepas ini. Pasti mereka akan rasa kita tidak lagi sensitif dan kisah mengenai imej negara sebagai sebuah negara yang penuh adab ketimuran dan prinsip-prinsip Islami.

Atas sebab itu, beliau mendesak pihak berkuasa untuk lebih cakna dan sensitif terhadap program yang merosakkan seperti pesta ‘Thai Hot Guy’.

“Sudah banyak kali saya rayu agar pihak berkuasa tolonglah lebih cakna dan sensitif terhadap program-program merosakkan sebegini.”

“Entah apa lagi yang ingin kita ‘halalkan’ atas nama hak untuk bukan Islam tetapi hakikatnya menipu diri sendiri atas nama kebebasan?” kata Hj Amin dengan penuh kesal.

Tular di media sosial iklan promosi pertunjukan ‘Thai Hot Guy’ yang dijadualkan pada 30 Mac 2023 ini di sebuah kelab malam di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Difahamkan pertunjukan itu merupakan sebuah tarikan pelancong ‘masyhur’ di Thailand yang dibawa masuk ke Malaysia, di mana lelaki-lelaki berbadan sasa akan berpakaian seksi menjadi pelayan restoran dengan aksi-aksi yang menghairahkan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: