Tempatan

Pesta Gawai & Kaamatan: Tambang Penerbangan Bersubsidi Mulai 29-31 Mei, 8,805 Tempat Duduk Tersedia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUCHING, 21 Mei 2023 – Sebanyak 8,805 tempat duduk tersedia bagi tambang penerbangan bersubsidi dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak mulai 29 Mei hingga 31 Mei 2023 ini sempena sambutan Pesta Gawai dan Kaamatan.

Ia adalah susulan daripada pengumuman Kabinet Persekutuan kelmarin untuk memberi subsidi dalam pembelian tiket penerbangan dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak dan Sabah bagi sambutan Gawai dan Kaamatan akan datang.

Memetik berita, Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato’ Sri Lee Kim Shin berkata dengan had tambang penerbangan sehala sebanyak RM300 tidak termasuk cukai dan fi itu akan mengurangkan beban kewangan kepada penumpang yang pulang terutamanya pelajar.

BACA JUGA: Jangan Tertipu Iklan Badal Haji Murah- MATA

BACA JUGA: Tabika, Taska Tutup Jika Suhu Cecah 40°C

BACA JUGA: Haji: Cecah 40 Celcius, Jemaah Dinasihat Bersedia Hadapi Cuaca Panas

“Kami percaya ia akan menjadi perayaan Gawai yang mengujakan dan meriah tahun ini kerana lebih ramai ahli keluarga dari Semenanjung Malaysia akan pulang dan menyambut Hari Gawai dengan mereka yang tersayang,” katanya.

Mengulas lanjut, Kementerian Pengangkutan Malaysia juga telah bekerjasama dengan Batik Air bagi menyediakan perkhidmatan penerbangan sewa khas bagi laluan Johor Bahru-Sibu (yang telah habis dijual) beroperasi sekali sehari pada tarikh yang sama, tertakluk kepada permintaan.

Terdahulu, beliau berkata, Kementerian Pengangkutan Sarawak telah menulis dan berhubung dengan semua syarikat penerbangan untuk meningkatkan kekerapan penerbangan ke Sarawak.

“Ia bagi memastikan ketersediaan penerbangan dan kapasiti tempat duduk mencukupi untuk perayaan Gawai akan datang dan cuti sekolah yang akan bermula 26 Mei hingga 5 Jun 2023,” jelasnya dalam kenyataan yang sama.

Sehubungan itu, Kementerian Pengangkutan Sarawak menyarankan penumpang yang pulang untuk merancang perjalanan mereka dan membeli tiket penerbangan lebih awal bagi mendapatkan tambang penerbangan bersubsidi tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: