Tempatan

Peserta #Lawan Tunjuk Isyarat Lucah Pada Polis, Hina Ketua Pengarah Kesihatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 01 Ogos 2021 – Perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ yang diadakan di Dataran Merdeka menjadi kecoh apabila peserta protes bertindak luar kawalan dengan menunjukkan isyarat lucah jari tengah kepada pasukan polis dan petugas media.

Lebih kurang 450 orang peserta perhimpunan haram tersebut memakai baju hitam berkumpul berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek, sebelum cuba untuk berarak ke Dataran Merdeka.

Selain menunjukkan isyarat lucah kepada pasukan polis, kumpulan bendera hitam muda-mudi tersebut melaungkan beberapa slogan mengecam kerajaan seperti ‘Hidup Rakyat’, ‘Bangkit Anak Muda dan ‘Kerajaan Gagal’.

Mereka juga melaungkan kritikan terhadap Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham yang mereka sifatkan hanya sebagai boneka pihak kerajaan.

Pihak polis akan mengambil keterangan semua pihak yang terlibat dalam perhimpunan tersebut kerana telah melanggar Peraturan 10 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata, tiada sesiapa dibenarkan berhimpun atau terlibat dengan sebarang perhimpunan di mana-mana tempat sama ada bagi aktiviti keagamaan, sosial, sukan, perkahwinan atau kebudayaan.

Menurutnya lagi, selain kesalahan melanggar larangan menyertai perhimpunan ketika negara sedang berlawan dengan wabak Covid-19, mereka juga didapati gagal mematuhi penjarakan fizikal.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: