Tempatan

Peserta Demonstrasi Berhimpit Sesak Cekup “Azam Baki”

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 Januari 2022 – Tular di laman sosial Twitter, satu video demonstrasi penangkapan dipercayai olok-olok perawakan watak “Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki” yang dirakamkan semasa Himpunan #TangkapAzamBaki pada 22 Januari 2022, semalam.

Video yang berdurasi 01:20 saat itu memperlihatkan segerombolan peserta yang berkumpul dan berasak-asak untuk melihat dan merakam demonstrasi penangkapan “Azam Baki” tersebut.

 

Seorang lelaki yang dipercayai meniru figura Tan Sri Azam Baki dengan mengenakan pakaian imitasi “Ketua Pesuruhjaya SPRM”, dirantai tangan dan badan oleh dua orang lelaki serta dipaksa berjalan seolah-olah diarak.

Dalam video tersebut juga, jelas berlaku adegan tolak-menolak antara peserta yang tidak mahu ketinggalan merakam demonstrasi tersebut yang memperlihatkan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) telah berlaku.

Adegan sebegini masih berlaku sedangkan Malaysia masih lagi berusaha melawan wabak COVID-19 yang dikatakan menular lebih cepat disebabkan varian terbaharu, varian Omicron dengan peningkatan kes setiap hari iaitu semalam kes harian sebanyak 4,116 kes yang dilaporkan berbanding 21 Januari 2022, iaitu sebanyak 4,046 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga sudah memulakan pemberian dos ketiga atau dos penggalak vaksin COVID-19 sebagai tindakan melandaikan kembali kes harian dan sedang mempergiatkan lagi usaha tersebut menerusi kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Beliau berkata, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia akan meneruskan dan mempergiatkan lagi program vaksinasi suntikan dos penggalak COVID-19 untuk menyelamatkan nyawa rakyat.

Beliau juga berkata usaha menggalakkan orang ramai terus mengambil suntikan penggalak pada masa kini bukanlah tiket atau syarat untuk merentas negeri pada perayaan Aidilfitri nanti.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: