Antarabangsa

Pesawat TUDM Malaysia Patah Balik, Tiada Slot Untuk #SgAirshow2022?

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SINGAPURA, 17 Februari 2022 – Pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM dilaporkan berpatah balik ke Malaysia dari Pertunjukan Udara Singapura 2022 selepas mendapati “tiada slot” untuk mereka di situ.

BACA: Syarikat Bumiputera Mengaku Salah Tuduhan Bekal Minyak Masak Berlebihan
BACA: Naikkan Harga Atau Tiga Juta Telur Tiada Ramadhan Ini – Lee Yoon Yeau
BACA: Harga Barang Dijangka Naik Selepas Tahun Baru Cina – DPMM

“Su-30MKM tiba di Singapura pada 13 Feb dan pulang semula keesokan harinya kerana ” tiada slot” untuk mereka di kawasan statik #SGAirShow2022,” lapor laman Twitter Alert 5, sebuah akaun yang mengumpulkan berita-berita berkaitan ketenteraan seluruh dunia.

Pertunjukan Udara Singapura yang disifatkan sebagai acara penerbangan terbesar di Asia itu diadakan setiap dua tahun dan dihadiri oleh pemerintah dan tentera, serta eksekutif kanan korporat di seluruh dunia.

Untuk tahun ini, acara itu berlangsung selama tiga hari dari 15 Februari hingga 18 Februari 2022.

Tinjauan mendapati laman komen ciapan ini dipenuhi dengan komen-komen rakyat yang berang dengan kejadian ini.

Rakyat kebanyakannya mempersoalkan bagaimana keadaan itu boleh berlaku selain berang dengan penganjur pertunjukan udara tersebut.

“Bagaimana ini boleh berlaku?” soal Kherubim, pengguna Twitter.

Arion Chong pula berkata, “Lawak pula apabila hak mendarat diberikan tetapi tiada slot.”

Manakala RW, seorang lagi pengguna Twitter meluahkan kemarahannya terhadap penganjur.

“Penganjur yang memalukan, sangat tidak hormat.”

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan media rasmi dikeluarkan oleh pihak penganjur, Experia, Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kementerian Luar Malaysia berkenaan kejadian ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: