Antarabangsa

Pesawat Tentera Indonesia Terhempas, Juruterbang Terkorban

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDONESIA, 19 Julai 2022 – Juruterbang pesawat tempur T-50i Golden Eagle, Leftenan Satu Pnb Allan Safitra Indera Wahyu disahkan terkorban oleh Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Udara selepas pesawat tersebut terhempas di Desa Nginggil, Kradenan, Blora, Jawa Tengah.

Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika beliau sedang menjalani latihan penerbangan pada waktu malam dari Pangkalan Udara Iswahjudi, Magetan, Jawa Timur dan kira-kira sejam kemudian, Allan sempat menghubungi pengarah penerbangan sebelum terputus hubungan pada 7.24 malam.

“Selepas itu, kedudukan pesawat tidak dapat dikesan,” ujar Ketua Jabatan Penerangan Angkatan Udara, Indan Gilang Buldansyah yang turut memberitahu bahawa mangsa meninggalkan seorang isteri yang baru dikahwininya tahun lalu dan insiden itu memberi kesan amat menyedihkan buat semua warga TNI dan rakyat Indonesia.

“Ketika ini, pasukan kecemasan masih melakukan proses evakuasi dan pemeriksaan di lokasi nahas.”

Dimaklumkan, TNI Angkatan Udara membentuk sebuah Pasukan Penyelidikan Nahas Pesawat Udara bagi menyiasat punca pesawat berkenaan terhempas dan pegawai wilayah serta orang ramai berjaya menemukan serpihan logam dipercayai badan pesawat berkenaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: