Tempatan

Pesara Polis Tembak Kucing Didenda Lebih 6 Ribu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 April 2022 – Seorang pesara polis didenda RM6,500 apabila menembak seekor kucing menggunakan senapang patah.

Pesara tersebut didakwa telah menembak kucing jantan itu menggunakan selaras senapang patah gara-gara kucing tersebut memakan ayam peliharaannya.

Majistret Nik Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Zainol Abidin Md Zain, 65, setelah pesara polis tersebut menukar pengakuannya kepada bersalah pada Selasa lalu, lapor Berita Harian.

Zainol Abidin telah didakwa di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun ataupun denda.

Nur Shasha Hidayah Nor Azahar, Timbalan Pendakwa Raya, memohon supaya permohonan setimpal dikenakan ke atas tertuduh.

“Walaupun tertuduh mempunyai lesen memiliki senjata api, perbuatannya melepaskan tembakan di tempat awam dan membunuh kucing adalah tidak patut,” ujarnya.

Peguam pembelaan, Azman Abdullah pula mengemukakan hujahan bagi pihak anak guamnya bahawa pelbagai cara telah diusahakan oleh tertuduh untuk menghalang ayamnya daripada dimakan.

“Kucing itu telah memakan ayam anak guam saya dan pelbagai cara dilakukan olehnya untuk mengelak kucing terbabit daripada makan ayam belaannya itu,” kata Azman Abdullah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: