Politik

Perutusan Khas Muhyiddin 3 Petang Ini

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 16 Ogos 2021 – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka menyampaikan perutusan khas pada pukul 3 petang ini.

Menurut sumber, perutusan itu membabitkan perkembangan politik negara sejurus selepas Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tengah hari ini.

Muhyiddin dan Jemaah Kabinet telah mempersembahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong tengah hari tadi.

Ahli Parlimen Pagoh itu telah mengadap Yang di-Pertuan Agong sebaik sahaja beliau selesai mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button