Tempatan

Perlu Bayar Untuk Kotak Telur, Rakyat Terkedu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 Julai 2022 – Seorang pengguna laman Twitter telah berkongsi gambar sepucuk notis yang ditampal di sebuah kedai menyatakan bahawa bayaran akan dikenakan bagi kotak telur untuk menutup bahagian atas.

WhatsApp-Image-2022-07-04-at-12.08.10-PM.jpeg?resize=225%2C300&is-pending-load=1#038;ssl=1

Hal ini telah mendapat perhatian daripada pengguna internet, di mana ada yang memerli tindakan tersebut dan tidak kurang juga yang meluahkan rasa tidak senang akan hal berkenaan.

Seorang pengguna memerli dan menyatakan:

“Lepas ni 10 sen untuk tengok telur dulu.”

“Lepas ni nak pegang telur pun kena cas 10 sen,” ujar pengguna lain pula.

Seorang lagi pengguna media sosial Twitter menyatakan keluhan beliau:

“Bawa bekas telur dari rumah la macam ni. Haihh”

Namun, disebalik keluh-kesah ini, terdapat sebuah pendedahan yang dibuat oleh seorang pengguna lain yang menyatakan bahawa terdapat kedai yang ‘mewajibkan’ pemotongan ayam di kedai sebelum mengenakan caj bayaran ke atas pelanggan.

“Ingat lagi masa beli ayam mentah kat pasar kena cas 3 ringgit. Pastu bila aku cakap aku tak nak potong boleh buat dekat rumah tiba-tiba tak boleh memang wajib kena potong,” ujar beliau dalam ciapannya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: