Tempatan

Rentetan Kes Cekik Adik Sendiri, Pihak Sekolah Digesa Tidak Sembunyikan Kes Buli

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MELAKA, 06 Julai 2023 – Rentetan daripada kejadian seorang abang yang mencekik adiknya sehingga maut semalam, pihak sekolah khususnya sekolah berasrama digesa untuk tidak menyembunyikan sebarang kes buli bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, kata Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka, Datuk Rahmad Mariman.

“Saya mengingatkan semua sekolah, khasnya sekolah berasrama supaya sentiasa memantau pelajar-pelajar terutamanya junior yang ada kemungkinan minggu orientasi mereka tak berkesudahan.”

“Jadi saya menyarankan supaya semua sekolah melibatkan pengetua dan warden memastikan tidak berlaku kes-kes buli dan tidak menyembunyikannya supaya tidak berlaku insiden lain di luar jangka,” ujar beliau sewaktu ditemui selepas Program Perhimpunan Agensi Agama Negeri di Auditorium Masjid Al-Azim, Bukit Patah, hari ini.

BACA JUGA: PRN: 661, 905 Pengundi Muda Lingkungan 18-20 Tahun

BACA JUGA: ‘BN Perasuah’: Kenyataan Pua Selari ‘Agenda’ DAP, Kata Bekas Pemimpin Parti

BACA JUGA: Gempar! Lelaki Kristian Mesir Curah Alkohol, Pijak & Lempar Al-Quran

Beliau berkata sedemikian selepas diminta untuk mengulas pengakuan bapa remaja lelaki berusia 14 tahun yang dipercayai mencekik adiknya sendiri berusia sembilan tahun sehingga maut semalam.

Dakwa bapa tersebut, anaknya telah menjadi mangsa buli pelajar senior sekolah asrama sejak tahun lalu.

Dalam pada itu, Datuk Rahmad turut menasihati ibu bapa untuk kerap bertanyakan khabar kepada anak-anak apabila mereka pulang ke rumah tentang kehidupan mereka di asrama.

“Bila anak-anak balik ke rumah, itu adalah kesinambungan tanggungjawab ibu bapa untuk bertanyakan bagaimana keadaan mereka di asrama termasuk layanan kawan-kawan.”

Jelas beliau, perkara tersebut merupakan sesuatu yang penting bagi memperolehi maklumat awal berhubung tindakan yang tidak sepatutnya berlaku di sekolah berasrama.

Semalam, berlaku satu insiden di mana seorang abang berusia 14 tahun mencekik adiknya sehingga maut di Kapung Bukit Piatu, Melaka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: