NGO

Perumahan Untuk Golongan B40 Hanya “Dummy” Tunjuk Prihatin Saja – Yusuf Azmi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 Ogos 2022 – Sebenarnya, perumahan untuk golongan B40 yang dicanangkan itu hanyalah satu “dummy” pemaju untuk tunjukkan kepada Kerajaan yang mereka kononnya prihatin dan menyahut kempen Kerajaan dalam pemberian subsidi untuk rumah mampu milik,” ujar Pengerusi Semboyan 1 Malaysia (Semboyan Malaysia), Yusuf Azmi.

Menurutnya, apabila kononnya tidak terjual, pemaju kemudian mengeluarkan alasan kepada Kerajaan kononnya rumah itu sudah dibuka untuk pasaran dalam tempoh yang lama tetapi golongan sasar B40 tidak tampil untuk membeli.

Maka, disebabkan itu mereka terpaksa menjualnya secara terbuka. Walhal, yang sebenarnya memang pemaju-pemaju ini tidak mahu menjualnya kepada golongan B40 pun, sebab untung nipis.

“Ini bukan satu fitnah, sebaliknya inilah realiti yang sedang berlaku di negara kita hari ini,”tegasnya.

Beliau berkata, mana ada lagi rumah untuk golongan B40 seperti yang diwar-warkan oleh Kerajaan. “Kalau ada sila beri contoh di mana dan di kawasan mana rumah untuk golongan B40 yang dikatakan dibina khas untuk golongan miskin dalam negara ini,” katanya.

Jelasnya, sekarang ini, nak cari rumah yang bawah RM150,000 pun dah tiada lagi, semuanya melebihi RM250,000 dan ke atas.

Rakyat Marhaen Tak Payah Bermimpilah, Rumah Mampu Milik Hanya Wayang Pihak Atasan

“Rakyat marhaen tak payah bermimpilah, memang nak buat loan pun confirm takkan lepas,” ujarnya.

Yusuf Azmi berkata, semua ini hanyalah satu “wayang” sahaja yang dibuat oleh kontraktor dan pemaju punya “game” yang memang tujuannya nak beri kepada golongan kayangan sahaja untuk dijadikan aset dan kemudiannya disewakan kepada golongan B40.

Hakikatnya, mudah saja kita cuba congak kalau rumah berharga RM100,000 sekalipun orang yang gaji RM2,500 pun bukan mudah untuk dapatkan pinjaman, apatah lagi golongan miskin tegar, memang tak dapatlah.

Kemudian, apabila cuba apply loan di bank maka keluarlah alasan mereka bahawa kamu tidak ada rekod, CCRIS tak adalah, CTOS lah, itulah, inilah dan macam-macam alasan yang tak masuk akal. Sedangkan harga rumah RM100,000 ini bagi golongan kayangan mereka beli cash sahaja dan kemudian mereka buat investment.

Jelas beliau, memang mereka sudah “plan” selepas tiga tahun dia akan jual kepada kroni-kroni dia termasuk golongan kayangan supaya rumah-rumah itu boleh disewakan.

“Mereka buat income, apalah masalahnya buat mereka kalau 10 buah rumah dibeli dengan nilai RM1 juta misalnya. Kemudian bayangkan kalau dia boleh kutip sewa sebulan untuk sebuah rumah sahaja sebanyak RM800 ke RM900 kemudian darabkan dengan 10 buah rumah, RM9,000 dia dapat sebulan.”

“Cuba dihitung secara ringkas, dalam tempoh setahun sahaja dia sudah mampu memperoleh sebanyak RM108,000. Kemudian, dalam tempoh 10 tahun dia sudah dapat sebanyak RM1,080,000 dan investment itu sudah pun balik modal siap sekali dengan untung.”

Kemudian, dia akan terus kutip sewa sebagai keuntungan seperti dividen 10 peratus setiap tahun. Bayangkan, nilai rumah yang telah melebihi 10 tahun ini akan menjadi berapa pula harganya? Sudah tentu akan meningkat, kurang-kurang pun RM400,000. Jadi tidak ada masalah pun kalau dia nak jual semula rumah berkenaan dengan harga yang mahal. Persoalannya, siapa pula yang mampu nak beli rumah pada harga tinggi ketika itu, kalau bukan golongan kayangan juga.

Satu Modus Operandi Yang Dimanipulasi Oleh Pemaju, Kontraktor Dan Bank

Sebab itu, kita melihat ini sebenarnya satu modus operandi yang dimanipulasi oleh pemaju-pemaju yang kononnya dia bersikap prihatin dan bekerjasama dengan Kerajaan demi membantu rakyat.

Ketika Kerajaan bertanya kenapa tidak dijual kepada golongan sasar rumah-rumah kos rendah ini, pemaju-pemaju ini akan menggunakan alasan yang sama sahaja kononnya tidak ada pembeli dari B40 yang membuat permohonan pembelian.

Walhal, itu semua bohong belaka. Hakikat sebenarnya bank pun tak akan beri pinjaman kepada golongan B40 ini untuk buat loan walaupun rumah itu bernilai RM100,000 sekalipun.

Apatah lagi, kalau kita lihat rumah-rumah di sekitar Kuala Lumpur misalnya, walaupun rumah untuk B40 ini pun paling murah apartment RM250,000. Jumlah RM250,000 ini paling kurang pun kita kena ada gaji minimum RM5,000 ke atas barulah bank mungkin nak bagi.

Itupun, bergantung kalau kita tidak ada komitmen. Kalau kita ada komitmen misalnya loan kereta, SSPN, PTPTN dan lain-lain loan dan sebagainya macam mana bank nak bagi.

“Memang tak akan mampu dimiliki oleh orang bawahan B40. Saya bukan tidak biasa jadi B40, saya sendiri adalah orang B40 dulu dan saya tahu sangat keadaan realitinya yang kita sedang ditipu dan ditindas.”

Sebab itu, rumah-rumah PPR ini adalah sebuah rumah yang benar-benar membantu golongan rakyat marhaen, Alhamdulillah, itu pun sebab ia masih lagi rumah milik Kerajaan kalau tak memang kita semua ni mampuslah hidup menyewa saja sampai bila-bila.

Hanya Penipuan, Potongan 10 Peratus Bumiputera Tidak Wujud

Sebenarnya, ini adalah penipuan, jadi cukup-cukuplah nak tipu rakyat, kita cakap terus teranglah, saya sendiri sebelum ini hampir-hampir nak dibangkrapkan kerana keadaan bisnes yang sangat teruk.

Sewaktu, saya beli satu rumah di Subang, dan sewaktu nak jual itu saya nak pergi carilah rumah lain yang lebih murah pasal berniaga sudah down.

Kita lihat permainan mereka, dia kata potongan untuk Bumiputera adalah 10 peratus, mana ada pemaju ini bagi pun. Harga diskaun yang ditawarkan di dalam iklan itu pun adalah harga asal. Dia kata rumah itu nilai asal konon RM500,000 kemudian dikatakan selepas potongan Bumiputera 10 peratus lalu jumlah yang perlu dibayar hanyalah RM450,000. Walhal, yang sebenarnya RM450,000 itu adalah harga asal lah juga. Potongan dan harga Bumiputera ini tak wujud pun sebenarnya, semua ini penipu sahaja.

Ditanya, apakah yang sepatutnya dilakukan Kerajaan agar matlamat untuk membantu golongan miskin mendapatkan rumah ini mencapai sasaran objektif?

Kerajaan Kena Memiliki Tanah Dan Melabur Kepada Projek Pembinaan Perumahan

Yusuf Azmi berkata, Kerajaanlah sebenarnya kena melabur kepada projek pembinaan perumahan ini. Jangan dibiarkan kepada pemaju-pemaju hartanah untuk menguasai pasaran.

Jelasnya, Kerajaan kena memiliki tanah-tanah di mana kena buat rumah khas untuk Bumiputera dan juga untuk B40 ini. Tak kiralah B40 ini orang Cina ke atau India itu tiada masalah. Sebab bukannya tak ada orang Cina dan India yang miskin juga dan mereka ini pun perlu dibantu juga.

Bagaimanapun, itu yang kita pelik, tak tahu apa yang disibukkan oleh Kerajaan di dalam Parlimen asyik memekak je hari-hari. Sedangkan, rumah makin hari harga makin naik, tanah makin naik, harga barang makin naik.

Seperkara, boleh cuba bayangkan, semalam, ketika membeli belah, kita lihat harga minyak masak 2.50 lepas itu disuruh jual RM2.50 tidakkah ini membebankan dan merugikan penjual. Minyak masak sita semalam kerana menjual melebihi RM0.20. Inilah kebodohan yang melampau Kerajaan mentadbir dan sangat menyakitkan hati.

Kerajaan Tidak Lawan Untuk Menangkan Rakyat

Beliau berkata, kita melihat Kerajaan tidak menjadi pesaing kepada penipu-penipu di luar ini, Kerajaan tidak lawan untuk rakyat. Kita tidak usah pandang kepada manusia berpangkat Tan Sri, Datuk Seri dan sebagainya sebab sebahagian daripada mereka adalah orang-orang baik dan sebahagian daripada mereka adalah penyamun.

Itu yang, kadang-kadang kita lihat mereka ini langsung tidak memikirkan hak rakyat, sebaliknya yang mereka fikirkan adalah poket sendiri, tambahan apabila sudah boleh duduk dengan menteri, duduk dengan parti-parti politik ini semua sibuk bincang berapa komisyen yang bakal diperoleh.

Rakyat Perlu Terus Berjuang Dapatkan Rumah

“Saya nampak kita rakyat perlu terus berjuang mendapatkan rumah. Ada benda yang kita tidak boleh menidakkan keperluannya iaitu rumah kerana rumah adalah tempat tinggal. Kalau tak ada rumah macam mana nak hidup, kita mesti nak duduk di rumah.”

Jadi, kalau bahagian rumah, barangan asas dan benda-benda yang penting ini pun Kerajaan tak memonopoli, matilah rakyat. Sedangkan, sepatutnya perkara asas dan kepentingan utama ini sudah sepatutnya tidak timbul isu pun. Sudah lama Kerajaan bantu selesaikan masalah utama rakyat marhaen ini. Malangnya, itu tidak berlaku dalam negara kita.

“Kalau kita pergi Ukraine misalnya kalau di Republik Ireland. Negara ini bukan negara Islam pun tetapi rakyatnya diberikan royalti untuk beli rumah, belajar, hospital kenapa negara seperti itu boleh laksanakan untuk rakyat mereka.”

Sedangkan, kita Malaysia adalah pengeluar minyak tidak boleh buat, sebab apa yang saya nampak mereka-mereka ini tak nak bagi dan tak nak buat pun sebenarnya untuk rakyat.

Duit Berbilion-Bilion Dibazirkan Ke Syarikat Kartel Sebaliknya B40 Terus Terabai

Bayangkan duit berbilion-bilion dibazirkan ke syarikat kartel-kartel. Kita boleh lihat contohnya bila nak hari raya, tiba-tiba bayaran tol dikurangkan sebanyak RM0.50. Tapi apalah terlalu bangangnya Kerajaan Malaysia ini boleh pula pergi bagi duit berbilion untuk membayar diskaun RM0.50 tadi kepada syarikat tol semata-mata nak membuat wayang diskaun tol pada musim perayaan. Rakyat betul-betul kecewa dengan Kerajaan.

Nampak sangat, betapa Kerajaan ini takut kepada kartel-kartel ini. Jadi di sini sahaja kita dapat agak macam manalah orang marhaen ini nak mampu beli rumah walaupun harganya RM100,000 pun.

“Takkan mampu punya sebab itu jangan mimpilah, nak buat loan pun tak lepas dan tak dilayan pun oleh bank.”

Bayangkan, untuk beli rumah berharga RM100,000 ini pun perlukan gaji asas minimum RM3,000. Bukan kata di bandar, tetapi pergilah cari di kawasan-kawasan kampung sekalipun.

“Seringkali inilah terjadi, apabila kita sudah ada keselesaan kita tidak mampu melihat mereka yang di dalam kesusahan juga,” ujarnya.

Menurut beliau, Kerajaan diharap pergilah melabur untuk perumahan ini dan pastikan pembeli ini membuka satu akaun yang mana perlu bayar terus kepada Kerajaan tidak perlu bayar kepada bank.

Buat Satu Sistem Rakyat Beli Terus Rumah Daripada Kerajaan

Maksudnya, Kerajaan kena buat satu sistem sepertimana mereka ini beli rumah daripada Kerajaan dan bayar direct kepada Kerajaan dengan small interest. Contohnya, rumah berharga RM100,000 bayar semula dalam tempoh 35 tahun sebanyak RM135,000 sahaja janganlah charge secara berlebihan pula.

Sudah sampai masanya, Kerajaan perlu attack semula tanah-tanah kosong yang boleh dijadikan perumahan. Boleh hantar pengkaji dan kakitangan untuk menguruskan, jika bertemu beruk-beruk pemaju ini yang cuba meninggikan harga buat siasatan dan tindakan segera.

Tegas beliau, semak sama ada betul ke harga tanah seperti yang dimaklumkan pemaju ini. Siasat, kalau tidak betul Kerajaan boleh tangkap mereka ini sebab menaikkan harga dengan sesuka hati tidak mengikut harga pasaran terkini. Itu dikira jenayah lah dan jenayah mesti dihukum.

Takkanlah, minyak masak dijual lebih RM0.10 pun boleh ditangkap Kerajaan apatah lagi yang menyeleweng, merasuah harga tanah yang bernilai RM100,000 tetapi dijual pada harga RM400,000 tidak boleh ditangkap apatah lagi dengan nilai jutaan ringgit ini takkan Kerajaan nak jadi buta lagi,” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: