Antarabangsa

Perubahan Iklim Pengaruhi Risiko Penyakit Berjangkit

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON, 11 Ogos 2022 – Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature Climate Change menunjukkan bahawa bencana iklim seperti banjir, gelombang haba dan kemarau mempengaruhi risiko bagi penularan penyakit berjangkit antaranya demam malaria, hantavirus, kolera dan antraks, lapor sebuah portal antarabangsa.

“Sekiranya iklim berubah, risiko dijangkiti penyakit berjangkit juga berubah,” kata pengarang bersama kajian, Dr Jonathan Patz.

Berdasarkan hasil kajian itu, sesetengah kes seperti hujan lebat dan banjir boleh membawa penyakit yang dibawa oleh nyamuk, tikus dan rusa kepada manusia.

Bukan itu sahaja, gelombang haba dan lautan yang semakin panas mampu mencemarkan sumber laut serta pelbagai makanan yang lain diikuti kemarau yang akan membawa kelawar keluar menyebarkan virus kepada manusia.

Dalam pada itu, kajian tersebut juga menemui sebanyak 286 penyakit unik yang 223 daripadanya menjadi teruk disebabkan bencana iklim.

Kajian itu turut mengkaji sama ada penyakit yang berkaitan manusia dan tidak berjangkit seperti asma, alahan dan gigitan haiwan mempunyai kaitan dengan perubahan iklim atau pun tidak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: