Tempatan

Kalimah Allah: Sebarang Penerbitan Kelirukan Umat Islam, Ditegah, Dilarang – Sultan Johor

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 25 Mei 2023 – Saya tetap berpendirian bahawa penerbitan, percetakan, penyiaran dan pengedaran sebarang bahan yang mengelirukan rakyat, terutamanya umat Islam, tidak akan dibenarkan di negeri Johor selari dengan kedudukan Islam di dalam Undang Undang Tubuh Negeri Johor 1895,” titah Sultan Johor Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar dalam satu kenyataan dengan tegas.

Menyentuh isu kalimah Allah yang sedang hangat dibicarakan, baginda bertitah, Di Negeri Johor, fatwa yang diwartakan pada 4 Jun 2009 jelas menyatakan: “Penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam adalah tidak diharuskan, tidak dibenarkan, serta ditegah dan dilarang.”

BACA JUGA: Cuaca Panas Jejas Bekalan Ayam, Kematian Melonjak, Tumbesaran Terbantut

BACA JUGA: Rampasan Jam ‘Pelangi’ Swatch, MUDA Mahu Menteri Perjelas

BACA JUGA: 5 Perkampungan Terdedah Risiko Hakisan Pantai

Selain itu, Negeri Johor juga mempunyai Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam 1991 yang melarang penggunaan kalimah-kalimah yang dikhususkan secara eksklusif untuk umat Islam dan tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam kecuali dalam keadaan atau amalan yang dibenarkan oleh perundangan, seperti dalam senikata Lagu Bangsa Johor.

Oleh itu, “Susulan keputusan pada 18 April 2023 untuk menarik balik rayuan yang difailkan di Mahkamah Rayuan Putrajaya terhadap penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 10 Mac 2021 dalam semakan kehakiman Jill Ireland bt Lawrence Bill Iwn. Menteri bagi Kementerian Dalam Negeri & Anor., Kerajaan Persekutuan hendaklah memperhalusi dengan cermat dan sebaiknya kesan-kesan keputusan itu kerana ia berkait rapat dengan isu yang berada dalam sempadan agama Islam dan sentimen umat Islam negara ini.”

“Peraturan, tindakan kawalan, penguatkuasaan dan penyelarasan tentang kalimah Allah mesti diperinci tanpa menjejaskan fatwa dan enakmen negeri supaya keharmonian dan perpaduan masyarakat majmuk kita akan terus terpelihara,” titah Sultan Johor lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: