Tempatan

Bekalan Lembu Kurang, Mungkin Ramai Tidak Dapat Laksanakan Ibadah Korban Tahun Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KANGAR, 28 Jun 2022 – “Mungkin pada tahun ini ramai yang ingin menjalankan ibadah korban setelah dua tahun berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun hasrat sebahagian besar mereka itu mungkin terbantut ekoran kekurangan bekalan,” kata Pengerusi Persatuan Penternak Ruminan Negeri, Abdullah Nayan.

Menurut beliau kepada Utusan Malaysia, ini kerana bekalan lembu untuk ibadah korban tahun ini dijangka berkurang hingga 30 peratus ekoran keengganan Thailand mengeluarkan surat kebenaran eksport lembu ke Malaysia.

Lebih membimbangkan kerana bekalan daging ke negeri Perlis adalah melibatkan 80 peratus bekalan lembu import dengan 20 peratus sahaja tempatan dan kebanyakan lembu import yang digunakan untuk ibadah korban dibawa masuk dari Thailand berbanding Australia kerana harga lembu dari Thailand adalah lebih murah.

“Oleh itu, kami menjangka bekalan akan berkurangan sehingga 30 peratus memandangkan sebahagian besar bekalan daging di negeri ini membabitkan lembu import iaitu 80 peratus,” dan disebabkan masalah bekalan yang tidak mencukupi ini, mungkin ramai yang tidak dapat melakukan ibadah korban pada tahun ini.

Tambah Abdullah Nayan, masalah tersebut berlaku ekoran tempoh kuarantin lembu import yang ditetapkan selama 28 hari oleh Kerajaan Malaysia sebelum ini telah memberi kekangan kepada negara jiran itu.

Walaupun Kerajaan Malaysia telah mengurangkan tempoh tersebut kepada 14 hari selepas itu, namun pihak Thailand tetap enggan membawa lembu masuk atas alasan mereka tidak dapat memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad memberi jaminan bahawa bekalan daging menjelang sambutan hari raya Aidiladha tidak akan terjejas kerana permintaan tinggi bagi aktiviti korban sempena perayaan itu khusus bagi lembu hidup.

“Masalah (terjejas) bekalan tidak timbul kerana selalunya kalau (daging) permintaan tinggi pada musim perayaan Aidilfitri, (manakala) Aidiladha orang tunggu lembu hidup.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: