Tempatan

Pertimbang Bonus Untuk Penjawat Awam – CUEPACS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 11 Disember 2022 – Kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim diminta mempertimbangkan pemberian bonus kepada penjawat awam dalam pembentangan bajet mini pada 19 Disember ini.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat berkata, penjawat awam khususnya di peringkat Kerajaan Persekutuan sudah lama tidak menerima bonus.

“Kali terakhir penjawat awam menerima bonus adalah pada tahun 2012 iaitu satu setengah bulan gaji atau minimum RM1,500 dan selepas itu hanya bantuan khas kewangan yang diberikan,” ujarnya.

Beliau juga berkata, pihaknya yakin PM boleh menilai perkara ini menerusi bajet yang akan dibentangkan semula dengan sekurang-kurangnya bonus sebanyak satu setengah bulan gaji diberikan kepada penjawat awam.

“Perkara ini pernah dilakukan oleh Perdana Menteri ketika menjadi Menteri Kewangan satu ketika dahulu,” katanya.

Sebelum ini, CUEPACS meminta Kerajaan mengekalkan semua insentif baik yang diumumkan Kerajaan terdahulu. Antaranya ialah Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak RM100 bagi penjawat awam Gred 11 hingga 56, kenaikan kadar maksimum gantian cuti rehat kepada 180 hari dan tambahan kadar cuti rehat khas sebanyak lima hari untuk pegawai perkhidmatan pendidikan yang sudah berkhidmat lebih 10 tahun.

Beliau berkata, insentif tersebut adalah suatu perkara baik dalam menjaga kebajikan penjawat awam yang terhimpit dengan ekonomi semasa negara sekali gus berpendapat bahawa ia tidak wajar ditarik semula hanya kerana berlakunya perubahan tampuk kepimpinan Kerajaan.

Lanjutan daripada itu, CUEPACS berharap agar Kerajaan dapat menambah baik sistem perkhidmatan awam dan juga insentif sedia ada yang diterima penjawat awam.

Kongres itu turut mencadangkan pemberian dua KGT khas untuk semua penjawat awam berikutan peningkatan harga barangan yang amat menghimpit golongan itu ketika ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: