Antarabangsa

Pertempuran Sesama Syiah ‘Buka’ Iraq Kepada Ancaman AS & Iran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 19 September 2022 – Pertempuran antara dua parti politik berfahaman Syiah di Iraq dilihat sebagai sebuah peluang keemasan untuk Amerika Syarikat (AS) dan Iran mencampuri urusan pentadbiran dan keselamatan negara tersebut.

Sebuah laporan antarabangsa oleh penganalisis politik Amerika, Max Boot, telah secara terang-terangan menyarankan supaya pihak AS menyemarakkan lagi api pertempuran dengan ‘mengangkat’ kumpulan “Sadr”.

Kumpulan Sadr yang dimaksudkan adalah kumpulan penyokong Muqtada al-Sadr, seorang tokoh Syiah di Iraq yang sepatutnya memegang tampuk pemerintahan pada tahun lalu, tetapi dihalang oleh gabungan politik pimpinan Nouri al-Maliki, seorang Syiah yang mendapat sokongan dari Iran.

Dalam hal ini, walaupun Sadr pernah menyuarakan tentangan terhadap penglibatan Iran dan AS di Iraq, namun penganalisis politik AS mencadangkan supaya sokongan diberikan kepada kumpulan Sadr.

Hal ini kerana, kumpulan yang dipimpin oleh Nouri al-Maliki sudah sedia maklum disokong oleh Iran.

Menurut laporan yang sama, Max Boot turut menyatakan pemerintah Iraq tidak dapat tidak, perlu mendapat sokongan dari AS dan Iran. Ibarat gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah, begitulah perumpaan nasib Iraq di tangan AS dan Iran.

Pertelingkahan tercetus antara kumpulan Sadr dan kumpulan Nouri apabila parti pimpinan Sadr memenangi pilihanraya pada 2021, dan mengadakan gabungan dengan kumpulan Sunni dan Kurdish. Namun, kemaraannya disekat oleh gabungan parti-parti Syiah yang ‘ditaja’ oleh Iran dengan ‘jalan mahkamah’.

Mahkamah Agung Iran ketika itu memutuskan bahawa dominasi 2/3 di Parlimen perlu ada untuk membentuk sebuah kerajaan, di mana Sadr dan kumpulannya tidak mampu mencukupkan ‘kuota’ terbabit.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: