Antarabangsa

Pertempuran Lebih Sengit Di Yaman, Lebih Ramai Tentera AS, UK Dihantar

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

YAMAN, 10 November 2022 – Gerakan pemberontak popular Yaman, Ansarullah telah mengeluarkan kenyataan dalam memberi peringatan mengenai niat jahat Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) di negara tersebut.

Ahli Biro Politik Ansarullah, Ali al-Qahoum mengeluarkan amaran berkenaan ketika sesi temu bual eksklusif dengan jaringan television Lubnan, al-Mayadeen pada Ahad lalu.

Menurut Ali, terdapat kemasukan secara langsung tentera AS di Yaman terutamanya di Hadramaut, daerah terbesar negara tersebut.

Selain itu, terdapat juga kemasukan tentera British secara langsung di kawasan al-Mahrah, iaitu daerah kedua terbesar di negara tersebut yang berada bersebelahan dengan daerah Hadramaut.

Beliau kemudiannya menyatakan bahawa kedua-dua negara Barat tersebut, AS dan UK kini sedang dalam persiapan untuk memulakan pusingan baharu dalam isu ketegangan di Yaman.

Sejak tahun 2015, negara-negara Barat telah banyak terlibat dengan peperangan yang melibatkan pakatan yang diketuai oleh Arab Saudi bagi melawan Yaman. Pakatan tersebut ingin mengembalikan kuasa pemerintahan Yaman kepada pegawai-pegawai yang bersama dengan Barat dan Arab Saudi.

Washington dan London selama ini telah menghantar senjata-senjata perang bagi membantu pakatan tersebut. Selain daripada senjata, kedua-dua negara Barat ini turut membantu dalam hal logistik dan sokongan politik.

Peperangan tersebut telah membunuh ribuan warga Yaman dan ianya dianggap sebagai sebuah krisis kemanusiaan paling dahsyat di dunia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: