Tempatan

Lombong Haram: Seorang Suspek Sahaja Ditahan, Logikkah?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SIK, 11 Oktober 2022 – Timbul persoalan apabila kawasan perlombong haram menggunakan peralatan atau teknologi terkini, namun dilaporkan hanya seorang suspek sahaja ditahan pada 28 September lalu bersama beberapa mineral disyaki unsur nadir bumi atau rare earth element (REE) yang dicuri.

Menurut laporan, terdapat sebuah khemah di lokasi itu dipercayai berfungsi sebagai tempat mengurus kegiatan haram terbabit, dengan sekurang-kurangnya empat ke lima rumah kongsi yang dipercayai untuk menempatkan sekumpulan pekerja warga asing

Terdapat juga satu saliran panjang dari khemah terbabit menghala ke kawasan lebih rendah sehingga menghubungkan sebatang anak sungai dipercayai sebahagian daripada proses mengekstrak hasil mineral tersebut.

Keadaan tapak perlombongan haram di Hutan Simpan Bukit Enggang itu, tidak ubah seperti kubu perang apabila keseluruhan bahagian ditutup.

Menurut laporan juga, tidak mustahil perlombongan ini melibatkan sindiket.

Ini kerana, kawasan yang telah disita Jabatan Perhutanan Negeri Kedah itu memiliki sekurang-kurangnya tiga atau empat lagi pagar lain dan palang besi sebelum sampai ke puncak bukit berkenaan.

Namun berdasarkan maklumat penduduk setempat, mereka sering melihat sebuah kenderaan pacuan empat roda milik persendirian dipercayai turun dari kawasan perlombongan itu.

Mereka mendakwa individu tersebut mungkin daripada sindiket yang sama sambil mempersoalkan bagaimana dia boleh memasuki kawasan yang telah disita.

Hasil dari perlombongan haram ini, negara mungkin sudah kerugian mencecah angka berbilion ringgit apabila hasil REE bernilai tinggi di Hutan Simpan Bukit Enggang dicuri pihak tertentu sejak dua tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor juga mengesahkan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah dan polis baru-baru ini merampas 185 guni disyaki bahan mineral dalam lori yang keluar dari hutan simpan berkenaan.

Mereka mendakwa dia mungkin daripada sindiket yang mencuri mineral tersebut selain mempersoalkan bagaimana boleh memasuki kawasan yang telah disita.

Hasil dari perlombongan haram ini, negara mungkin sudah kerugian mencecah angka berbilion ringgit apabila hasil REE bernilai tinggi di Hutan Simpan Bukit Enggang dicuri pihak tertentu sejak dua tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor juga mengesahkan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah dan polis baru-baru ini merampas 185 guni disyaki bahan mineral dalam lori yang keluar dari hutan simpan berkenaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: