Antarabangsa

Persidangan Mekah Penting, Dunia Islam Berdepan Cabaran – Menteri Islam Saudi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ARAB SAUDI, 16 OGOS 2023 – Menteri Islam Arab Saudi, Sheikh Abdullatif Al-Asheikh telah mengeluarkan kenyataan bahawa forum yang telah berlangsung dan berakhir pada Isnin lalu itu adalah sangat penting.

Menurutnya, forum tersebut adalah terlalu penting kerana dunia Islam kini berhadapan dengan pelbagai cabaran semasa.

Antara cabaran yang serius, menurut Al-Asheikh adalah termasuk tindakan-tindakan yang mensasarkan kepada kerosakan imej Islam serta untuk memulakan perpecahan dalam kalangan orang Islam.

BACA JUGA: Promosi LGBT: Indonesia Didesak Haramkan Penjualan Jam Pelangi & Tayangan Barbie

BACA JUGA: Ketepatan Masa Antara Rungutan Utama Pengguna Pengangkutan Awam

BACA JUGA: Transformasi Sungai Skudai Bakal Menjadi Sungai Contoh

Kenyataan tersebut telah dibuat oleh Al-Asheikh setelah tamatnya majlis “Communication with the Departments of Religious Affairs, Ifta and Sheikhdoms in the World” yang telah berlangsung di tanah suci itu.

Majlis yang berformatkan persidangan itu telah dihadiri oleh sekitar 150 orang ahli ilmuan Islam yang terkemuka, para mufti, para pemimpin agama serta pemikir daripada 85 buah negara.

Persidangan tersebut, menurut menteri terbabit telah berjaya menjana pendapat-pendapat serta siri saranan yang dapat membantu orang Islam di seluruh dunia.

Al-Asheikh turut menyatakan bahawa terdapat kesepakatan bagi kerjasama serta hubungan komunikasi di antara semua orang Islam melalui mengamalkan nilai-nilai Islami yang sederhana dalam menyeru kepada kesederhanaan serta mengutuk tindakan keganasan dan juga terrorisme.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: