Tempatan

Persidangan Meja Bulat NAJM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

CYBERJAYA, 19 Mei 2021 – Pada 24 April 2021 yang lalu, Angkatan Kebangsaan Kesaksamaan Malaysia (NAJM) telah mengadakan satu Persidangan Meja Bulat bertajuk ”Wanita Ejen Pengukuhan Melayu dan Tanah Air” bertempat di Pejabat MAMPIR, Cyberjaya.

Persidangan Meja Bulat yang julung-julung kali diadakan ini dianjurkan NAJM dengan kerjasama syarikat Ihsan Strategic Research (ISR) dan Sekretariat Muwasolah Agamawan dan Aktivis Memperkasa Institusi Raja-Raja (MAMPIR).

NAJM adalah sebuah gabungan profesional wanita yang ingin membawa Malaysia ke arah Tanah yang aman, tenang dan seimbang.

Pada hari tersebut, NGO-NGO wanita sama-sama berkumpul bagi membincangkan dan berkongsi pandangan yang merangkumi bidang agama, ekonomi, politik, pendidikan, kesihatan dan keselamatan.

Antara topik yang dibincangkan adalah seperti berikut:

1.Tasawuf;

2. Perkasakan Islam Sebagai Islam Yang Syumul;

3. Ulama sebagai penasihat agama perlu lebih tegas dalam membuat teguran. Pandangan juga harus disampaikan kepada institusi DiRaja Tanah Melayu dan Kuasa YDP Agong dan Sultan diperluaskan;

4. ‘Future Fit Goal’;

5. Memperkasa Ekonomi Srikandi Malaiu Sepanjang Rantaian Industri Terpilih Negara;

6. Pemerkasaan Pengetahuan Undang-Undang Di Kalangan Wanita;

7. Perkahwinan Dengan Bukan Warganegara Dan Kesannya Ke Atas Institusi Keluarga;

8. Penguatkuasaan Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan;

9. Ibu Sebagai Tunjang Proses Penyediaan Insan Masa Hadapan;

10. Wanita, Sains, Teknologi, Kejuruteraan Dan Matematik (STEM), Penyelidikan Keusahawanan Untuk Komersialisasi, Peluang Dan Cabaran Wanita Dalam Hak Kesaksamaan Jantina Untuk Research – Development – Commercialization – Innovation (R-D-C-I) Iaitu Untuk Menangani Isu Kritikal Seperti Perubahan Iklim Dan Ekonomi Hijau.

11. Penjagaan Dan Undang-Undang Kesihatan Wanita; dan

12. Bantuan Dan Tabung Kesihatan Untuk Warga Tua Dan OKU Dalam Penjagaan Kesihatan Mereka

Turut hadir dalam persidangan itu adalah Puan Zuriah Abu Bakar, Puan Raja Mazuri (PEMADAM), Puan Nor Afidah Binti Yusof (HIKMAH), Puan Wan Sharifah (Lawyer Friend For Life (LFF), Puan Maimoon Hussein, Puan Zaharah Bt Hatan (DSSM), Puan Wan Asshima Kamaruddin (Pondok Muslimah), Anja Juliah Abu Bakar (Presiden PEMUDI), Dr. Rosmani Omar (Pengarah Penerbitan DBP), Puan Mariati Josepha Mustafa (Pengarah Penerbitan DBP), Puan Siti Moinie Binti Aziz (Persatuan Barisan 33 Malaysia), Puan Fatimah Rashidi (Ratib Alami), Cik Adibah Bt Awang Hasyim (AKIDO), Puan Muliyanti A Kamaruzaman (Armada Malaiu Malaysia), Datin Ts. Dr Rozzeta Dolah (UTM), Dr. Nor Hafizah Mohd Badrol Afandi (UIAM), Prof. Madya Dr. Maizatun Mustafa (UIAM), Cik Ainur Rabiatuadawiyah Bt Hassim, Puan Nor Azzlina Baharom, Tun Suzana Tun Hj. Othman (Mi’raj), Puan Zaharah Sulaiman (IAMM, UKM) dan Ustazah Nurul Shahidah Ariffin (MAMPIR).

Persidangan yang berlangsung selama hampir lima jam itu berakhir dengan semua peserta mahu diadakan persidangan susulan di masa akan datang.

Dato’ Julita Ilani Binti Dato’ Sri Abd Jabbar selaku Kursi Teraju Perdana (Pengerusi), Teraju Nilam, (Timbalan Pengerusi), Cik Nor Nadia binti Abd Aziz, Teraju Baiduri (Setiausaha Agung) Puan Azlinda binti Baroni dan ahli-ahli NAJM yang lain mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua wakil NGO yang hadir pada hari itu.

Di kesempatan ini juga, NAJM ingin menjemput NGO-NGO wanita lain untuk bersama-sama NAJM berganding bahu dan berkongsi idea serta pelaksanaa bagi memperkasa wanita di Malaysia.

NAJM boleh dihubungi di email NAJM: [email protected]

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: