Antarabangsa

Persidangan Liga Arab Peluang Terbaik Tamatkan Konflik Sudan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SUDAN, 18 Mei 2023 – Perjumpaan para pemimpin negara-negara Arab di Jeddah pada sidang kemuncak Liga Arab akan memberi “peluang yang unik” untuk menyelesaikan konflik yang sedang berlaku di Sudan.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Menteri Luar Djibouti, Mahamoud Ali Youssouf sewaktu ditemu bual oleh media Arab News en Francais.

BACA JUGA: Cuaca Ekstrem Ubah Peta Negara, Beberapa Kawasan Tinggal Sejarah

BACA JUGA: LIMA ’23: Ruang Udara Langkawi Ditutup 18-27 Mei Ini

BACA JUGA: NGO Islam Sukar Percaya ‘Janji Minyak’ PMX, Jalankan Tindakan, Baru Boleh Percaya – SUA PEMBELA

Sudan yang juga ahli bagi Liga Arab itu telah mengalami konflik yang telah berlanjutan lebih daripada satu bulan, yang mana pertempuran berlaku di antara Sudanese Armed Forces dan kumpulan paramilitary Rapid Support Forces yang mana ianya telah menyebabkan ratusan rakyat terbunuh.

Konflik yang sama juga telah menyebabkan ramai warga Sudan serta orang luar yang menetap di negara tersebut kini menjadi pelarian.

Menurut Ali Youssouf, konflik yang berlaku di Sudan kini adalah sangat serius kerana ianya melibatkan dua pihak tentera yang kedua-duanya mempunyai peralatan lengkap, bertempur di kawasan-kawasan bandar dan menyebabkan kemusnahan yang dahsyat. Ujarnya lagi,

“Potensi dahsyat peningkatan bagi konflik ini, saya percaya, adalah sama sekali tidak dapat diragukan.”

Menurutnya lagi, Liga Arab ini adalah peluang di mana para pemimpin negara mesti bersatu untuk memberikan tekanan yang maksimum terhadap para pemimpin Sudan. Beliau juga menyatakan bahawa sidang kemuncak Liga Arab kali ini mesti menghasilkan sebuah resolusi yang kukuh bagi menyelesaikan konflik di Sudan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: