Persidangan Khas RRM: Pandangan Pemimpin Politik Akan Dibincangkan
Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini
KUALA LUMPUR, 16 Jun 2021 – Pandangan-pandangan yang telah dikemukakan oleh para pemimpin parti politik akan diwasilkan di Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu hari ini bermula pada jam 2.30 petang, kata Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, Datuk Pengelola Bijaya Raja, Istana Negara.
“Selain daripada itu, beberapa pakar dari agensi-agensi kerajaan turut dijadualkan memberi sembah taklimat mengenai hal-hal berkaitan kesihatan, keselamatan, politik dan ekonomi negara di Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu.”
Tambah beliau lagi, dalam sesi-sesi menghadap para pemimpin parti politik bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dari 9 Jun sehingga petang semalam, Seri Paduka Baginda telah berkenan mendengar pandangan-pandangan dari mereka tentang pelbagai isu.
“Perlu diperjelaskan di sini bahawa sesi-sesi menghadap para pemimpin parti politik adalah atas inisiatif serta keprihatinan tinggi Seri Paduka Baginda dan berkaitan dengan usaha-usaha memerangi penularan jangkitan wabak COVID-19 serta pelaksanaannya semasa tempoh Darurat.”