Tempatan

Persatuan Penternak Jamin Bekalan Ayam, Telur Bakal Cukup

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 Januari 2023 – Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) telah memberi jaminan bahawa bekalan ayam dan telur kini akan kembali normal.

Persatuan tersebut turut menyatakan bahawa bekalan adalah cukup bagi mengelakkan sebarang kekurangan bagi bahan-bahan tersebut.

BACA JUGA: Pengangkutan Percuma Untuk OKU & Pelajar Sekolah – Menteri

BACA JUGA: Tempelak Menteri Kritik Filem ‘Pulau’, Women Aid Organisation Disanggah

BACA JUGA: Terima Kasih PM Bagi Angpow Tahun Baru RM40 Juta – Wee Ka Siong

Mereka turut memberi pujian terhadap pihak Kerajaan berikutan usaha pihak Kerajaan dalam menyelesaikan isu ini di mana harga telur dan ayam terpaksa dinaikkan berikutan bekalan yang terhad sejak dari beberapa bulan lalu.

Pada Disember tahun lalu, Kementerian Agrikultur dan Keselamatan Makanan telah membuat keputusan untuk membenarkan import sementara bagi telur ayam daripada sumber luar dengan rancangan untuk menyemak kembali keputusan tersebut setelah bekalan tempatan telah stabil.

Buat masa ini, telur akan diimport dari India secara bertahap untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan telur di Malaysia namun tindakan ini hanya bersifat sementara.

Menteri, Mohamad Sabu telah membuat penjelasan mengenai isu ini dengan mengatakan bahawa tindakan tersebut diambil berikutan kegagalan pihak pengeluar tempatan untuk memenuhi permintaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: