Tempatan

Laporan JAKIM Kini Bawah Majlis Raja-Raja Kurang Tepat dan Mengelirukan – Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PEJABAT PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA
482, JALAN BUKIT PETALING
50682 KUALA LUMPUR

12 MAC 2022

PENJELASAN MENGENAI SIARAN BERITA / MEDIA MENGENAI MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA (MKI)

Dengan hormatnya saya merujuk kepada Berita dalam media elektronik “The Star”, yang turut dipetik dan disiarkan oleh beberapa Akhbar lain bertarikh 10 Mac 2022, dan seterusnya ingin menyampaikan penjelasan seperti berikut:

Media elektronik yang berkenaan melaporkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kini diletakkan di bawah Bidang Kuasa Majlis Raja-raja, susulan daripada ketetapan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang ke-258 pada 9 dan 10 Mac 2022.

Laporan tersebut adalah kurang tepat dan dianggap boleh mengelirukan. Pelantikan Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) sejak penubuhannya oleh Majlis Raja-raja sendiri pada tahun 1968, sememangnya telah dibuat oleh Majlis Raja-raja dan YAB Perdana Menteri bermula dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman telah diperkenankan memenuhi peranan dan tanggungjawab MKI sebagai Pengerusi.

Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-258, walau bagaimanapun telah membuat ketetapan bahawa salah seorang dari Raja Pemerintah wajar memenuhi peranan dan tanggungjawab Pengerusi selama tempoh dua tahun secara bergilir-gilir, sementara YAB Perdana Menteri dilantik sebagai Timbalan Pengerusi. Ketetapan ini adalah selaras dengan perakuan yang dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Raja-raja oleh Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan yang dipengerusikan oleh Allahyarham Tun Ahmad Sarji yang berpandangan, bahawa oleh kerana Islam terletak di bawah bidang kuasa dan budi bicara Raja-raja Pemerintah, adalah lebih bertepatan untuk MKI dipengerusikan oleh seorang Raja Pemerintah.

Perakuan Jawatankuasa telah dirunding oleh Duli Yang Maha Mulia Raja-raja dengan pihak Kerajaan dan telah mencapai persefahaman dan kata sepakat. Susulan daripada perkembangan tersebut Majlis Raja-raja kali ke-258 telah berkenan memilih Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia untuk tempoh dua tahun.

Kenyataan ini dikeluarkan untuk memberikan pencerahan terhadap berita kurang tepat yang dilaporkan oleh The STAR dan beberapa buah akhbar lain pada 10 Mac 2022.

Dikeluarkan dengan titah perkenan,

SYED DANIAL
PEJABAT PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA

 

1.YBhg. Dato’ Haji Che Roslan Bin
Che Daud,
Ketua Pengarah Penyiaran,
Radio TV Malaysia (RTM),
Angkasapuri,
50614 KUALA LUMPUR

2. Encik Khairdzir Bin Md Yunus, Ketua Pengarang,
Pertubuhan Berita Nasional
Malaysia (BERNAMA),
28 Jalan 1/65A, Off Jalan Tun
Razak, 50400 KUALA LUMPUR

3. Dr. Amerjit Singh A/L S. Bhag Singh
Pengarah,
Bahagian Media dan Komunikasi
Korporat,
Aras 10, Kompleks Kementerian
Komunikasi dan
Multimedia Malaysia,
No. 49, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 PUTRAJAYA

4. Encik Ashwad Ismail
Ketua Editor Astro Awani
1st Floor, Exchange Square Annexe
Bukit Kewangan
50200 KUALA LUMPUR

5. Encik Halim Mohamed
Penerbit Berita TV3
Media Prima Berhad
Sri Pentas, No. 3, Persiaran Bandar
Utama, Bandar Utama
47800 Petaling Jaya,
SELANGOR

6. Puan Sofea Chok Suat Ling Executive Editor NST
The New Straits Times Press (M)
Balai Berita Bangsar 31 Jalan Riong
59100 KUALA LUMPUR.

7. Puan Mergawati Zulfakar
Executive Editor The Star
The Star, 15 Jalan 16/11
46350 Petaling Jaya,
SELANGOR

8. Encik Meor Harman Meor Shakri
Pengarang Berita Utusan Malaysia Media Mulia Sdn. Bhd.
Balai Berita
31 Jalan Riong
59100 KUALA LUMPUR.

9. Encik Wan Hasnan Wan Hasan
Pengarang Kosmo Media Mulia Sdn. Bhd.
Balai Berita
31 Jalan Riong
59100 KUALA LUMPUR.

10. Encik Rozaid Abdul Rahman
Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Karangkraf Sdn. Bhd.
Lot 1, Jalan Renggam 15/5
Off Persiaran Selangor,
Seksyen 15,
40200 SHAH ALAM.

11. Encik Eric Foo Tick Fat
Executive Editor Nanyang Siang Pau
Nanyang Siang Pau Sdn. Bhd.
No.1 Jalan SS7/2
47301 Petaling Jaya
SELANGOR

12. Encik Liew Teck Lai
Editor Sin Chew Daily
Sin Chew Media Corporation Berhad
19, Jalan Profesor Khoo Kay Kim
(Jalan Semangat)
46200 Petaling Jaya,
SELANGOR.

13. Harian Metro
Ibu Pejabat Harian Metro
Balai Berita, 31 Jalan Riong
59100 KUALA LUMPUR.
(u.p: Encik Yusmizal Dolah Aling)

14. Berita Harian
Ibu Pejabat Berita Harian,
Balai Berita, 31 Jalan Riong
59100 KUALA LUMPUR.
(u.p.: En. Ahmad Suhael bin Adnan)

15. The China Press Berhad,
80, Jalan Riong, Off Jalan Bangsar,
59100 KUALA LUMPUR
(u.p: News Centre China Press)

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: