Tempatan

Perompak Warga Asing Mati Tertetak Diri Sendiri Di Kepong

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 05 Julai 2022 – Seorang perompak warganegara asing terbunuh setelah tertetak pahanya sendiri ketika bergelut dengan mangsa samunnya di Taman Perindustrian Kepong (KIP) baru-baru ini.

Bersenjatakan sabit panjang, perompak yang berusia 50 tahun itu sempat beberapa kali menetak mangsanya yang terpaksa menggunakan kerusi bagi mempertahankan diri.

Mangsa mengalami luka parah telah dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh, namun disahkan sudah pun meninggal dunia.

“Siasatan di tempat kejadian menemui suspek tertiarap di atas jalan dan terdapat sebilah sabit panjang dalam genggaman tangan kanannya.”

“Sementara itu mangsa juga seorang warga asing berusia 48 tahun yang parah ditetak dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh, namun disahkan meninggal dunia tengah hari tadi,” kata Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komissioner Zainal Mohamed Mohamed.

Ketua Polis Daerah Gombak itu berkata, siasatan mendapati suspek itu datang ke premis tersebut dan berbual dengan mangsa sebelum secara tiba-tiba terus menetak mangsa beberapa kali dengan sabit panjang bagi tujuan menyamun.

“Mangsa ketika itu mengambil sebuah kerusi plastik dan cuba mempertahankan diri daripada terus dicederakan oleh suspek.”

“Semasa bergelut, senjata yang digunakan suspek untuk menetak mangsa terkena pada bahagian paha kirinya sendiri sebelum suspek terus berlari ke arah luar premis dan terus rebah atas jalan pada jarak lebih kurang 36 meter dari lokasi kejadian,” kata beliau.

Suspek disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh seorang pegawai perubatan.

Leave a Reply

Back to top button