Tempatan

Permohonan SIS Berjaya, Mahkamah Syariah Tiada Kuasa Semakan Kehakiman

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 21 Februari 2022 – Panel sembilan hakim Mahkamah Persekutuan hari ini membuat keputusan memihak kepada permohonan Sisters in Islam (SIS), di mana ia diputuskan bahawa Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa semakan kehakiman.

Baca: Kes Hina Islam : Sisters In Islam Pertahan Hak Sarajun Hoda

Baca: SIS Cabar Undang-Undang Syariah Selangor – Keputusan Mahkamah Isnin Ini

Baca: Perbicaraan SIS Forum Tolak Kesahan Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor Diadakan Esok

Dalam keputusan yang disampaikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, sebulat suara diputuskan bahawa Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 adalah tidak sah kerana Dewan Undangan Negeri Selangor tidak berkuasa menggubal peruntukan tersebut.

“Saya dapati Seksyen 66A adalah tidak berperlembagaan dan tidak sah kerana ia adalah sebuah peruntukan yang Dewan Undangan Negeri Selangor tiada kuasa untuk menggubalnya,” ulas Ketua Hakim Negara tersebut seperti yang dilaporkan portal Malay Mail.

Seksyen 66A tersebut memberikan kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk mengendalikan proses semakan kehakiman bagi isu-isu berkaitan pelaksanaan undang-undang Syariah.

Secara teknikal, Seksyen 66A memberikan Mahkamah Syariah Selangor kuasa untuk mendengar sebarang permohonan sekiranya ada mana-mana pihak mempertikaikan pelaksanaan sebarang undang-undang Syariah di Selangor.

Mahkamah Persekutuan, bagaimanapun, menegaskan bahawa kuasa semakan kehakiman adalah hak yang dikhususkan kepada Mahkamah Sivil sahaja.

Leave a Reply

Back to top button