Tempatan

Hakisan Tanah Kubur: Keranda Terkeluar Nampak Kain Kafan, Waris Dicari

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MUAR, 03 Julai 2023 – Tiga daripada kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Baru, Bukit Naning, Muar, terjatuh hingga menampakkan keranda malah ada yang menampakkan kain kafan akibat hakisan tanah.

Portal melaporkan, hakisan itu berlaku akibat hujan lebat serta kerja pembersihan parit.

BACA JUGA: Bimbang Kos Sara Hidup Naik, Rakyat Malaysia Hilang Harapan Terhadap Ekonomi Negara

BACA JUGA: Melaka Wujudkan Taskforce Tangani Konflik Haiwan Dan Manusia

BACA JUGA: Masjid Pinggir New Delhi Diserang Perusuh, Imam Maut

“Jenazah emak dikebumikan 15 tahun lalu perlu digali semula untuk dipindahkan kerana hakisan tanah,” kata kata Mohd Amin Samian, 43, antara empat waris yang bersetuju untuk memindahkan kubur yang terjejas.

Ujarnya, ada empat kubur yang terjejas termasuk pusara arwah ibunya Sariah@Seringati Omar dan tiga daripadanya terjejas teruk.

“Kawasan perkuburan ini di atas tanah gambut manakala bawahnya tanah liat. Jadi percampuran kedua-dua tanah tidak berlaku menyebabkan berlaku hakisan.”

“Sebelum ini, pernah berlaku hakisan dekat kawasan itu tapi tidak membabitkan tanah perkuburan ini. Kalau tidak bina tembok saya rasa banyak lagi kubur akan terjejas.”

Menurut Ketua Kampung Parit Baru, Rosli Abu, pengalihan jenazah turut akan diuruskan Majlis Agama Islam Johor (MAINJ).

Tambahnya lagi, ada beberapa lagi kubur yang berdekatan bakal terjejas jika tidak dipindahkan.

Namun, waris kepada kubur-kubur tersebut gagal dihubungi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: