Permohonan Peguam MAIPs Mohon Hakim Kes Loh Siew Hong Undur Diri Didengar 19 April
KUALA LUMPUR, 06 April 2023 – “Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah kini tetapkan tarikh 19.04.2023 sebagai tarikh pemberian arahan lanjut berhubung Hakim yang akan mendengar Permohonan Variasi Perintah Penjagaan serta mana-mana arahan lanjut berserta tarikh bicara berkaitan, kelak,” maklum Peguam Senior, Haniff Khatri mengenai kes permohonan Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) dalam kes prosiding perceraian Loh Siew Hong.
Ujarnya, pada hari semalam, Rabu, 05.04.2023 Permohonan Variasi Perintah Penjagaan telah ditetapkan untuk Pengurusan Kes dan arahan lanjut Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung permohonan melalui surat Peguamcara MAIPs supaya Hakim berkaitan mengundurkan diri daripada mendengar Permohonan Variasi Perintah Penjagaan di atas alasan-alasan menurut prinsip perundangan yang terbabit.
BACA JUGA: Suara Desak Hapuskan Hukuman Mati Pandangan Ekstrem
BACA JUGA: Penjawat Awam, Guru Kafa Pulau Pinang Bakal Terima Bantuan Khas Aidilfitri
BACA JUGA: Guna Kad Pengenalan Palsu, Penjual Cendol Dipenjara 11 Bulan
Mengulas lanjut, Haniff Khatri turut menyentuh mengenai kronologi kes.
Pada 08.03.2022 Majlis Agama Islam & Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah memfailkan permohonan dalam prosiding penceraian antara ibu, Loh Siew Hong (LOH) dan bapa, Muhammad Nagahswaran Muniandy (NAGASHWARAN) untuk kebenaran pencelahan dalam prosiding itu agar MAIPs dapat kemudiannya membuat Permohonan Variasi Perintah Penjagaan yang diberikan kepada ibu LOH supaya MAIPs dapat memperolehi akses memberikan bantuan, panduan dan pendidikan berkenaan Islam kepada tiga anaknya, ketika di bawah jagaan ibu bukan beragama Islam.
Pada 15.06.2022, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memberikan keputusan untuk tolak akan permohonan pencelahan MAIPs itu, dan alasan lisan ringkas adalah seperti yang dilaporkan THEVIBES.COM 15.06.2022 bertajuk “Court rejects Maips’ bid to intervene in Loh Siew Hong’s divorce proceedings”
Pada 07.02.2023, rayuan oleh MAIPs terhadap Keputusan 15.06.2022 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan dan MAIPs telah dijadikan sebagai pihak dalam prosiding penceraian antara ibu, Loh Siew Hong (LOH) dan bapa, Muhammad Nagahswaran Muniandy (NAGASHWARAN) untuk membolehkan MAIPs membuat Permohonan Variasi Perintah Penjagaan yang diberikan kepada ibu LOH supaya MAIPs dapat memperolehi akses memberikan bantuan, panduan dan pendidikan berkenaan Islam kepada tiga anaknya, ketika di bawah jagaan ibu bukan beragama Islam, kelak.
Dalam laporan berbeza, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) menetapkan 11 Mei untuk keputusan permohonan Loh Soew Hong membatalkan penukaran agama Islam secara unilateral atau sepihak ke atas tiga orang anaknya.