Permohonan Loh Siew Hong Untuk Gantung Prosiding Ditolak Tanpa Kos
KUALA LUMPUR, 26 Julai 2023 – Hakim YA Evrol Mariette Peters hari ini memutuskan permohonan Puan Loh Siew Hong bagi menggantung prosiding terhadap permohonan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ditolak tanpa kos.
Pada 17 Februari 2023, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah membuat satu permohonan membuat perintah variasi bagi menjalankan tanggungjawab terhadap kanak-kanak mualaf seperti berikut;
a. Memberi panduan dan pendidikan asas agama Islam;
b. Membawa pergi solat Jumaat di masjid yang berhampiran dengan rumah;
c. Membawa menyambut meraikan hari-hari kebesaran Islam di masjid yang berhampiran dengan rumah;
d. Memberi bantuan zakat dan membantu menampung kos sara hidup kanak-kanak tersebut dari aspek pendidikan, keperluan, kebajikan dan lain-lain.
BACA JUGA: Makan Pakai Sudu Garfu, Melayu Sudah Bertamadun
BACA JUGA: Khianat: 51 Kubur Islam Disembur Cat, Seorang Lelaki Dicekup
BACA JUGA: Dilabel Anti Semitik, Tun M Label Puak Zionis Label Serupa
Pihak pemohon, iaitu Puan Loh Siew Hong diwakili oleh Gunamalar A/P Joorindanjn dan Thian Yee Chin.
MAIPs diwakili oleh tiga orang peguam iaitu Aidil Khalid, Danial Farhan Zainul Rijal dan Hariz Yusoff manakala Nagashwaran, bapa kepada ketiga-tiga kanak-kanak mualaf tersebut pula diwakili oleh Malcolm Fernandez dan Vhimall Murugesan.