Tempatan

Permohonan Jaga Akidah Anak Mualaf, Keputusan Gantung Prosiding Pada 26 Julai 2023

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 Julai 2023 – Hakim YA Evrol Mariette Peters, semalam menetapkan tarikh 26 Julai 2023 untuk keputusan permohonan Puan Loh Siew Hong untuk menggantung prosiding permohonan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Pada 17 Februari 2023, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah membuat satu permohonan membuat perintah variasi bagi menjalankan tanggungjawab terhadap kanak-kanak mualaf seperti berikut;

a. Memberi panduan dan pendidikan asas agama Islam;
b. Membawa pergi solat Jumaat di masjid yang berhampiran dengan rumah;
c. Membawa menyambut meraikan hari-hari kebesaran Islam di masjid yang berhampiran dengan rumah;
d. Memberi bantuan zakat dan membantu menampung kos sara hidup kanak-kanak tersebut dari aspek pendidikan, keperluan, kebajikan dan lain-lain.

Pada 5.4.2023, permohonan MAIPS tersebut ditentang oleh Puan Loh Siew Hong. Beliau memohon untuk menggantung prosiding permohonan MAIPs tersebut atas alasan bahawa kes permohonan untuk mencelah MAIPs hendaklah dimuktamadkan oleh Mahkamah Persekutuan terlebih dahulu.

Pendengaran bagi permohonan tersebut dibuat di hadapan Hakim YA Evrol Mariette Peters.

Pihak pemohon (Puan Loh Siew Hong) diwakili oleh Gunamalar A/P Joorindanjn dan Thian Yee Chin.

MAIPs diwakili oleh peguam Aidil Khalid dan Danial Farhan Zainul Rijal.

WhatsApp-Image-2023-07-07-at-19.44.50.jpeg?resize=300%2C225&is-pending-load=1#038;ssl=1
Dari kiri, peguam, Aidil Khalid dan Danial Farhan Zainul Rijal

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: