Tempatan

Permainan Atas Talian Tajaan Google Didik Pengundi Muda PRU-15

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 November 2022 – Malaysia Information Literacy Education (MILE) telah mereka sebuah permainan atas talian bagi membantu pengundi yang mengundi buat kali pertama untuk mendalami isu-isu seperti penyebaran maklumat palsu, politik keterlaluan dan propaganda.

Permainan yang dibina dengan tajaan Google News Initiative tersebut dinamakan dengan nama “Are You Yang Bijak?”, yang mana rekaannya telah dibina oleh Studio Behind 90.

Permainan tersebut adalah lanjutan daripada sebuah permainan yang pada awalnya dibina untuk membantu warga Malaysia memahami info-info berkaitan COVID-19.

Menurut pengasas MILE, Darshini Kandasamy, permainan mengenai undian politik tersebut mengandungi maklumat sahih serta maklumat palsu mengenai pilihan raya. Ia juga akan melibatkan isu-isu propaganda politik serta propaganda mengenai perpecahan.

Menurutnya lagi, permainan tersebut bertujuan untuk memberi pendidikan kepada pemainnya berkenaan hal mengenai semakan fakta dan hal berkenaan tentera siber.

Kumpulan yang membina permainan tersebut telah mendapat suntikan motivasi bagi melanjutkan serta meluaskan permainan asal setelah mendapat maklum balas yang baik mengenai permainan dalam talian mengenai pandemik yang mula-mula diterbitkan.

Permainan dalam talian tersebut kini tersedia dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris serta Bahasa Cina dan ianya dapat dimainkan di peranti telefon bimbit mahupun komputer.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: