Tempatan

Kita Ada Anak Melayu, Cina, India, Kadazan, Tapi “Yang Dipilih Ialah Anak Anwar”

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 31 Januari 2023 – Kita ada anak Melayu, anak Cina, anak India, anak Kadazan, anak Iban dan pelbagai lagi. Tapi rupa-rupanya yang dipilih ialah anak Anwar! Untung jadi anak Papa!, bidas Ketua Penerangan BERSATU Malaysia Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Beliau yang mengulas berkenaan isu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melantik anaknya, Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, juga mempersoalkan bagaimana pelantikan tersebut boleh berlaku sedangkan Malaysia merupakan negara yang kaya dengan kepelbagaian kaum.

Baca juga : Kebun Durian Haram: DAP Bawa Penceroboh Jumpa Menteri Besar?

Baca juga : Gelekan Ghairah: Penganjur Mohon Permit Tidak Dibatalkan

Baca juga : AMARAN Hujan Berterusan Di 4 Negeri dan Tahap Buruk Di Sarawak

Selain itu, Malaysia juga telah melahirkan ramai pakar-pakar ekonomi dan kewangan tersohor tanah air, maka alasan Anwar Ibrahim tidak relevan dan hakikatnya Perdana Menteri itu telah mengamalkan nepotisme, ujar Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu lagi.

“Rakyat bukan mempersoalkan pro bono atau berbayar. Tetapi rakyat mempertikaikan kenapa lantik anak sendiri? Rakyat pun tahu kuasa “Anak Perdana Menteri” apabila dilantik sebagai Penasihat rasmi, adalah kuasa yang besar. Rakyat persoalkan kuasa dan kedudukan yang diberi. Sama ada bergaji atau tidak adalah tidak relevan.”

Justeru, Datuk Wan Saiful menuntut beberapa perkara, antaranya meminta Anwar Ibrahim menjelaskan mengapakah pelantikan Nurul Izzah yang juga merupakan Naib Presiden PKR itu dirahsiakan dan apa sahaja bidang kuasa yang diberi kepada anaknya itu.

Seterusnya, Perdana Menteri juga digesa untuk menjelaskan berapa ramai lantikan rahsia yang telah dibuat dan siapa lagi yang telah dilantik secara senyap-senyap.

“Kalau tidak kerana Nurul Izzah terlepas cakap, satu Malaysia termasuklah penyokong Pakatan Harapan tidak tahu mengenai pembohongan Anwar Ibrahim, yang kononnya menentang kronisme, tetapi secara rahsia melantik anaknya sendiri sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: