Tempatan

SUARAM Mahu PM Kaji Semula SOSMA, Ungkit Kes Mata Lebam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 Disember 2022 – Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) menggesa Perdana Menteri untuk mengkaji semula Akta Keselamatan dan Kesalahan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA sambil mengungkit dakwaan bahawa beliau diseksa dalam tahanan.

“Anwar ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan itu adalah penahanan tanpa bicara. Dia diseksa dalam tahanan,”

“Dia mempunyai mata hitam, bukan oleh anggota polis tetapi KPN pada masa itu. Ini semua keganasan yang dia patut tahu,” kata Pengarah Eksekutif SUARAM, Sevan Doraisamy dalam sebuah sidang media bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur, semalam.

Kata Sevan, Anwar tidak seharusnya menangguhkan pembentangan perubahan kepada SOSMA yang dakwanya bertentangan dengan semangat demokrasi berparlimen.

Jelasnya, peruntukan semasa di bawah Kanun Tatacara Jenayah untuk penahanan bagi tujuan penyiasatan adalah mencukupi.

Memetik kepada sebuah laporan, SOSMA yang diwujudkan pada 22 Jun 2012 untuk menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ini merujuk kepada peruntukan langkah-langkah khas berhubungan dengan kesalahan keselamatan.

Ia digubal bagi membendung aktiviti daripada individu mahupun kumpulan yang hendak menggulingkan atau melemahkan negara.

Menyingkap kembali pada tahun 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri telah ditahan di bawah ISA kerana dituduh cuba menghasut penyokongnya untuk memulakan rusuhan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: